Harian Metro

BUAL BICARA VIRTUAL ALVIN

The Nite Nite Show with Alvin Anthons rancangan hiburan pertama di Malaysia disiarkan menerusi IG Live

- Oleh Norhayati Nordin norhayati_nordin@ hmetro.com.my

Kemunculan situasi pandemik Covid-19 ketika ini nampaknya sudah menarik perhatian orang ramai untuk bangkit menggunaka­n platform digital secara meluas.

Di tambah, dalam kalangan masyarakat pada masa kini sangat cenderung kepada penggunaan telefon pintar kerana menyifatka­n segalanya berada di hujung jari. Justeru, penggunaan

Instagram Live kini bukanlah satu aktiviti yang asing dan pendekatan itu diguna pakai pengacara yang kini dikenali selebriti

media sosial, Alvin Anthon.

Menerusi Instagram, Alvin tampil dengan programnya berjudul The Nite Nite Show with Alvin

Anthons iaitu sebuah rancangan hiburan pertama di Malaysia yang disiarkan secara langsung di IG dengan dilengkapi set studio dan DJ ketika bersiaran.

Sentiasa membahaska­n pelbagai isu semasa menarik, program ini tidak ketinggala­n mengundang beberapa tetamu istimewa secara

virtual melalui akaun Instagram masingmasi­ng.

Selain berbincang mengenai isu-isu terkini, tetamu yang menjadi ahli panel turut menyertai

segmen permainan yang menarik dan dicipta khas untuk lebih menghiburk­an.

Alvin berkata, penerbitan program itu menggunaka­n konsep Live-Multi-Output,

yang menggabung­kan penyiaran visual daripada keduadua pihak (hos dan tetamu), audio dan muzik secara langsung yang dimainkan oleh DJ sepanjang durasi rancangan berlangsun­g.

“Program ini kami terbitkan dengan kualiti yang tinggi, termasuk formatnya dalam Bahasa Inggeris dan untuk musim pertama, sudah bermula sejak Jun lalu.

“Seramai 13 nama dalam kalangan selebriti dikenali dari

Malaysia, Singapura dan juga Amerika Syarikat sudah diundang sebagai ahli panel dalam program ini,” katanya memaklumka­n musim pertama sudah pun selesai baru- baru ini.

Antara tetamu hebat yang pernah muncul dalam The Nite Nite Show with Alvin Anthons ialah Datuk Hans Isaac, Datuk Norman Abdul Halim, Gurmit Singh atau Phua Chu Kang, Amber Chia, Allan Wu (Amazing Race

Asia), Justin Bratton (Asia’s Got Talent) dan ramai lagi.

Sehubungan itu, program ini bersiaran secara langsung dua kali seminggu, pada setiap Selasa dan Khamis, jam 10 malam di Instagram Alvin.

Menariknya lagi, Alvin juga menerima pengiktira­fan daripada Malaysia Book of Records

dengan memegang gelaran First Instagram Live Broadcasti­ng Talk Show.

The Nite Nite Show with Alvin Anthons.

Program bual bicara ini menyasarka­n penonton Malaysia yang berumur 21 hingga 55 tahun dan yang pasti turut berjaya meraih anggaran penonton yang tinggi bagi setiap episodnya.

Sebelum ini, Alvin pernah mengendali­kan sebuah rancangan bual bicara iaitu Let’s Talk di TV2 dan meraih lebih satu juta penonton bagi setiap episod sepanjang penyiarann­ya selama tiga musim sekitar tahun 2000 lalu.

Program ini kami terbitkan dengan kualiti yang tinggi, termasuk formatnya dalam Bahasa Inggeris dan untuk musim pertama, sudah bermula sejak Jun lalu ALVIN

 ??  ?? PROGRAM The Nite Nite Show with Alvin Anthons disiarkan secara langsung di IG dengan dilengkapi set studio dan DJ ketika bersiaran.
PROGRAM The Nite Nite Show with Alvin Anthons disiarkan secara langsung di IG dengan dilengkapi set studio dan DJ ketika bersiaran.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia