Harian Metro

KENANG JASA KUMPULAN REVOLUSI

Sempena raikan 30 tahun kumpulan itu, penyanyiny­a Emma tampil album khas memuatkan semula lagu daripada album terdahulu

- Oleh Ridzuan Abdul Rahman mohamadrid­zuan@ hmetro.com.my

Barangkali selama ini, peminat hanya kenal

Ella dan Shima sebagai penyanyi rock wanita yang menyerlah bersama kumpulan The Boys dan kemudianny­a memilih bergerak solo.

Bagaimanap­un industri muzik tanah air yang rancak berkembang sekitar era 1980-an sehingga 2000, menyaksika­n kemunculan pelbagai kumpulan rock antaranya Revolusi yang menampilka­n Emma sebagai penyanyi.

Selain Emma, kumpulan Revolusi yang ditubuhkan pada 1987 oleh Yazeed selaku pemain dram, turut dianggotai oleh Zul Haidi (gitar), Mohd Saidin (gitar) dan Roslan Jantan (bass).

Mereka pernah muncul dengan album berjudul Bayangan Misteri terbitan Mega Rekod dan edaran oleh Musical Sound Organisati­on Malaysia yang berjaya dijual sebanyak 50,000 unit.

Emma, 47, atau nama sebenar Rahimah Sukor kemudian mengundur diri untuk bergerak solo dan muncul dengan album berjudul Emma pada

1993 yang memuatkan lagu popular berjudul Kembalilah dan Redup

Tak Berimbun yang berjaya dijual lebih 70,000 unit.

Dia seterusnya menghasilk­an album berjudul Kecil Tapi Pedas pada 1995 dengan dua lagu popular berjudul Impian Semalam dan Kasih Tak Bertepi.

Sebagai mengenang jasa serta meraikan 30 tahun usia pembabitan kumpulan Revolusi, Emma kini tampil dengan album khas memuatkan semula lagu daripada album terdahulun­ya.

“Ini adalah sebuah projek istimewa saya yang lebih menjurus pada 'tribute' buat Revolusi, di mana saya mula membina karier nyanyian bersama mereka.

“Ia juga adalah penghargaa­n yang tak terhingga saya kepada kumpulan Revolusi untuk peminat yang selama ini tak jemu-jemu memberikan sokongan.

“Malah di mana saja saya berada meskipun, ketika pertunjuka­n pentas, masih ada peminat yang minta saya untuk menyanyika­n lagu Bayangan Misteri,” katanya.

Menurutnya, lagu Bayangan Misteri yang dimuatkan dalam album ini turut diberi nafas baharu dan susunan muzik lebih segar dan sesuai dengan teknologi masa kini.

“Ia dibuat atas persetujua­n kesemua anggota serta vokalis asal Revolusi iaitu Sanat Alpha.

“Penerbit dan susunan muzik oleh Gjie iaitu gitaris 6ixthsense serta Akim The Majistret bersama pemuzik lain.

“Manakala, anggota Revolusi iaitu Yazeed,

Lan dan Sanat membantu dari segi adunan gubahan susunan muzik nafas baharu ini,” katanya yang pernah berduet dengan Muss menerusi lagu berjudul Dunia pada 2007.

Emma berkata, album ini akan dikeluarka­n dalam format Boxset yang mengandung­i lagu Bayangan Misteri dan

T-shirt, manakala Hoodie pula akan dijual secara berasingan.

“Kesemua produk ini dikeluarka­n secara terhad dan dijangka akan menemui peminat pada penghujung tahun ini.

“Peminat yang ingin mendapatka­n pakej

Boxset berharga RM69, boleh mendapatka­n maklumat lanjut menerusi akaun Facebook saya, Emma Rockers Rahimah,” katanya.

Emma kini menguruska­n syarikat miliknya dikenali Impact Music & Entertainm­ent yang bertanggun­gjawab membantu artis-artis Malaysia, Singapura dan Indonesia untuk mengadakan persembaha­n mahupun promosi di Singapura.

Ia juga adalah penghargaa­n yang tak terhingga saya kepada kumpulan Revolusi untuk peminat yang selama ini tak jemujemu memberikan sokongan EMMA

 ??  ?? EMMA pernah popular dan mencipta nama dengan kumpulan rock Revolusi.
EMMA pernah popular dan mencipta nama dengan kumpulan rock Revolusi.
 ??  ?? KUMPULAN Revolusi ditubuhkan pada 1987.
KUMPULAN Revolusi ditubuhkan pada 1987.
 ??  ?? ALBUM khas, penghargaa­n Emma yang pernah membina karier nyanyian bersama kumpulan Revolusi.
ALBUM khas, penghargaa­n Emma yang pernah membina karier nyanyian bersama kumpulan Revolusi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia