Harian Metro

LAHIR TENAGA MAHIR FARMASEUTI­KAL

MSU tawar peluang sambung pengajian Bachelor of Science in Pharmaceut­ical Technology selama tiga tahun enam bulan

- Oleh Suliati Asri suliati@hmetro.com.my

Bidang teknologi farmaseuti­kal adalah kerjaya yang mendapat permintaan tertinggi majikan dalam sektor kerajaan mahupun swasta sebagai tenaga mahir.

Sumbangan profesyen itu juga penting dalam usaha memberikan perkhidmat­an penjagaan kesihatan dan kosmetik yang lebih baik serta melengkapi perkembang­an pesat industri pembuatan.

Oleh itu, Management & Science University (MSU) melalui School of Pharmacy (SPH) menawarkan peluang menyambung pengajian dalam Bachelor of Science in Pharmaceut­ical Technology dengan jangkamasa pengajian selama tiga tahun enam bulan.

Kelayakan kemasukan program itu adalah Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM), matrikulas­i atau diploma dalam bidang sains serta berkaitan.

Program ini memfokuska­n kepada penghasila­n perubatan tradisiona­l dan moden merangkumi produk farmaseuti­kal serta nutraseuti­kal selain menitikber­atkan elemen Amalan Pengilanga­n Baik (GMP).

Pelajar juga didedahkan dengan aspek teori dan amali berhubung ilmu kejurutera­an farmasi, teknologi dalam pembuatan perubatan serta keusahawan­an dengan menyeluruh.

Selain itu, program ini turut memberikan pendedahan kepada pelajar dari proses pembanguna­n produk, pembungkus­an, kawalan kualiti, pengilanga­n dan pengurusan makmal, pengurusan pengedaran stok produk serta reka bentuk proses kerja.

Dengan kemudahan prasarana lengkap, pelajar bukan saja belajar dalam suasana kondusif tapi juga merasai suasana sebenar dunia kerjaya dengan kerjasama industri.

Manakala jaringan kerjasama MSU dengan rakan universiti di seluruh dunia adalah opsyen terbaik pelajar untuk mendapat pendedahan global yang seterusnya memperkasa­kan pengalaman pembelajar­an mereka.

MSU menjalin kerjasama pintar dengan lebih 1,700 rakan industri melalui University Industry Advisory Panel (UIAP) sekali gus memberikan jaminan kerjaya kepada pelajar sebaik menamatkan pengajian.

Kajian Pengesanan Graduan oleh Kementeria­n Pengajian Tinggi Malaysia (KPT) menyaksika­n kebolehpas­aran graduan MSU berada pada tahap 98.7 peratus dan merupakan tertinggi di kalangan institusi pendidikan tinggi di Malaysia.

Selain program Teknologi Farmaseuti­kal, School of Pharmacy turut menawarkan program ijazah sarjana muda dan diploma dalam bidang pengkhusus­an seperti Farmasi dan Perubatan Tradisiona­l Cina.

 ??  ?? BIDANG teknologi farmaseuti­kal kerjaya yang mendapat permintaan tertinggi majikan.
BIDANG teknologi farmaseuti­kal kerjaya yang mendapat permintaan tertinggi majikan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia