Harian Metro

PASUKAN BELANDA IKAT HAFIZH

Hafizh Syahrin sah bersama NTS RW Racing GP

- Oleh Aida Adilah Mat aida_adilah@hmetro.com.my

Teka-teki pasukan mana diwakili pelumba Moto2 negara, Hafizh Syahrin Abdullah terjawab apabila dia bakal bersama pasukan Belanda, NTS RW Racing GP untuk musim baharu tahun depan.

Perkara itu disahkan pengurus pasukan NTS RW Racing GP, Jarno Janssen yang memaklumka­n perkhabara­n itu dalam Facebook rasmi pasukan, semalam.

Ini bermakna, Hafizh, 26, berganding­an bersama pelumba muda dari Belgium, Barry Baltus, 16, untuk mengibarka­n cabaran pasukan itu di Kejohanan Motosikal

Dunia tahun depan. “Alhamdulil­lah, saya gembira dapat meneruskan cabaran dan kekal di Moto2. Terima kasih atas kepercayaa­n yang diberikan pasukan NTS.

“Saya sedar banyak usaha diperlukan untuk membangunk­an jentera baharu, tetapi saya percaya dengan usaha dan projek ini. NTS adalah pasukan yang menunjukka­n peningkata­n dari segi penggunaan enjinnya dalam masa singkat. “Saya harap pengalaman dan maklum balas saya membolehka­n kami mencapai kejayaan lebih besar.

“Saya yakin kami boleh menjalinka­n kerjasama yang baik bersama. Saya belum mencapai tahap terbaik musim ini, jadi saya sangat gembira dengan kepercayaa­n diberikan NTS RW Racing GP,” kata Hafizh.

Sementara itu, Janssen mengalu-alukan kedatangan Hafizh dalam pasukan NTS RW Racing GP.

“Kami bangga dan gembira ingin memaklumka­n kerjasama bersama Hafizh yang mengibarka­n cabaran bersama pasukan NTS tahun depan.

“Hafizh bukan hanya seorang pelumba berpengala­man dan berbakat, malah dia juga seorang yang cukup menyenangk­an dan mudah untuk berurusan,” katanya.

Hafizh ketika ini menduduki tangga ke-20 kedudukan pelumba Moto2 dengan mengumpul 21 mata. Hafizh bakal menunggang jentera Aspar kali terakhir pada pusingan terakhir di GP Portugal, 22 November depan.

NTS RW Racing GP memulakan musim baharu dengan sesi ujian pada 26 dan 27 November di Jerez.

“Hafizh seorang pelumba berpengala­man dan berbakat

Janssen

 ??  ??
 ??  ?? HAFIZH bersama Janssen (kanan) ketika diumumkan menyertai NTS RW Racing GP menerusi Facebook pasukan itu, semalam.
HAFIZH bersama Janssen (kanan) ketika diumumkan menyertai NTS RW Racing GP menerusi Facebook pasukan itu, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia