Harian Metro

RAGBI DAN LAKONAN

Aqil akui bukan satu hal mudah untuk fokus dalam dua bidang berbeza

- Oleh Najiy Jefri najiy.jefri@hmetro.com.my

Meskipun ketika ini giat melakukan latihan persiapan menjelang Sukan Malaysia (Sukma) bersama skuad ragbi mewakili Selangor yang dijadualka­n berlangsun­g pada 2022, impian bergelar pelakon tetap diteruskan pendatang baharu dikenali sebagai Aqil Taqeeuddin, 21.

Bersyukur atas rezeki yang diterimany­a, Aqil atau nama sebenar

Aqil Taqeeuddin Tuhit mengakui bukan satu hal mudah untuk fokus dalam dua bidang berbeza.

Bagaimanap­un kata Aqil, atas dasar minat dan peluang yang ada di depan mata dia enggan mensiasiak­annya.

Apatah lagi, impian bergelar pelakon sudah diimpikan sejak kecil.

“Sejujurnya bila mendapat tawaran berlakon buat pertama kali, ada satu perasaan yang sukar diungkapka­n dengan kata-kata. Macam-macam perasaan yang bermain di fikiran, teruja dan gementar pada masa sama.

“Malah, saya terus imbas semula semangat dan dorongan keluarga serta rakan yang sedia tahu minat saya ini. Sebabnya satu ketika dulu saya tidak tahu laluan yang betul untuk menceburi industri seni. Jadi bila sudah diberikan kepercayaa­n, saya beranikan diri untuk mencuba,” katanya.

Menyentuh mengenai sukan ragbi, anak bongsu daripada tiga beradik ini menyifatka­n sukan berkenaan sudah sebati dengan dirinya.

“Saya bertuah kerana mempunyai jurulatih yang memahami dan atas kekangan pandemik ketika ini, saya bersama rakan sepasukan melakukan latihan secara virtual dan perlu menghantar video kecergasan berdasarka­n rutin tertentu.

“Kebiasaann­ya latihan akan berjalan pada waktu pagi dan petang. Semuanya sudah pun diaturkan sejak awal, jadi keadaan menjadi lebih mudah. Alhamdulil­lah setakat ini, saya tidak mempunyai masalah dari segi mengikuti latihan dan penggambar­an.

“Sementara dalam sesi pengajian pula, saya sudah pun memasuki semester akhir. Sekarang lebih banyak ikuti pengajian secara maya,” kata pelajar Diploma Pengurusan Sains Sukan dan Rekreasi di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam ini.

Memegang watak sebagai Hafizan menerusi penampilan sulung dalam drama berjudul Bidadari Salju terbitan A Aida Production Sdn Bhd, Aqil optimis mahu memberikan yang terbaik.

Tambahnya lagi, populariti bukan menjadi keutamaan ketika ini, sebaliknya dia mahu mempelajar­i teknik lakonan demi keberkesan­an watak.

“Dalam tempoh setahun dua tahun ini, saya nak cari seberapa banyak pengalaman. Bukan populariti yang saya utamakan sekarang kerana percaya, kalau bakat lebih menonjol, tentunya hayat dalam industri seni akan lebih bertahan lama.

“Bagi saya, paling penting adalah bakat.

Jadi, sebagai artis baharu, saya tidak malu untuk bertanya mereka yang lebih berpengala­man. Saya bertuah kerana setakat ini, rakan pelakon dan tenaga kerja produksi tidak lokek untuk berkongsik­an ilmu.

“Secara tak langsung, saya juga boleh tahu selokbelok dunia lakonan. Bagaimana pembikinan sesebuah naskhah itu disiapkan dan sebagainya. Masing-masing arif dalam skop kerja mereka,” katanya.

Drama Bidadari Salju yang menampilka­n Adam Lee dan Sweet Qismina sebagai pelakon utama bakal bersiaran menerusi slot Akasia di TV3 pada Disember ini.

Meletakkan harapan supaya pembabitan­nya dalam dunia lakonan tidak terhenti di pertengaha­n jalan, Aqil sedia berdepan kritikan membina.

“Saya belum ada gambaran jelas mengenai kritikan penonton kerana drama itu belum ditayangka­n. Tetapi, saya tidak kisah andai kata nanti selepas ini ada yang mengkritik.

“Kita tidak akan tahu di mana kelemahan jika tiada orang menegur. Saya terbuka dengan perkara itu, sekiranya ia boleh membuatkan lakonan saya menjadi lebih baik, Insya-Allah,” katanya.

Dalam tempoh setahun dua tahun ini, saya nak cari seberapa banyak pengalaman. Bukan populariti yang saya utamakan sekarang kerana percaya, kalau bakat lebih menonjol, tentunya hayat dalam industri seni akan lebih bertahan lama

AQIL

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia