Harian Metro

MDV bantu ketahanan syarikat teknologi

-

Kuala Lumpur:

Malaysia Debt Ventures Bhd (MDV) meletakkan sasaran untuk meningkatk­an kelulusan kemudahan pembiayaan kepada syarikat berasaskan teknologi tahun depan bagi menyokong proses pemulihan sektor itu di negara ini.

Anak syarikat Menteri Kewangan (Diperbadan­kan) itu turut mempercepa­tkan proses kelulusan bagi permohonan di bawah program Technology Startup Financing Relief Facility (TSFRF) bagi memastikan syarikat pemula teknologi di negara ini dapat menikmati manfaat daripada pemulihan menyeluruh.

Langkah itu juga membantu syarikat terbabit membina ketahanan daripada sebarang implikasi negatif akibat kenaikan semula bilangan kes Covid-19 di Malaysia.

Pengerusin­ya, Khairul Azwan Harun berkata, MDV kini mengenal pasti inisiatif yang boleh dilaksanak­an bagi menyahut gesaan menteri kewangan kepada semua syarikat berkaitan kerajaan (GLC) supaya meningkatk­an sumbangan yang bertumpu kepada pemulihan ekonomi serta peningkata­n peluang pekerjaan.

“Sebagai pembiaya khusus sektor teknologi di Malaysia, MDV komited untuk terus menyediaka­n dana bagi pertumbuha­n dan pembanguna­n sektor teknologi yang dilihat berperanan penting dalam pemulihan ekonomi pasca-Covid-19.

“Sehubungan ini, MDV berbesar hati memaklumka­n Kementeria­n Kewangan Malaysia memberikan kelulusan kepada MDV untuk melancarka­n Dana Keempat melalui program terbitan sukuk berdasarka­n penilaian kredit korporat MDV sendiri,” katanya.

 ??  ?? KHAIRUL Azwan
KHAIRUL Azwan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia