Harian Metro

KARTEL ROKOK SELUDUP PERKENAL 'KIDDIE PACK'

Strategi kartel rokok seludup laris jualan terbongkar

- Skuad Khas Harian Metro am@hmetro.com.my

Dibungkus semula dalam pek kecil untuk memudahkan jualan dengan harga lebih murah.

Itu kemungkina­n yang dijangka Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) berhubung rokok pek kecil lima batang dan 10 batang dikeluarka­n kartel rokok seludup untuk pasaran negara ini.

Ketua Pengarah Kastam, Datuk Seri Abdul Latif Abdul Kadir berkata, setakat ini belum ada rampasan besar-besaran membabitka­n rokok seludup membabitka­n pek kecil.

“Setakat ini baru satu kes kita temui iaitu dalam rampasan di Melaka, baru-baru ini. Jumlahnya tidak banyak, pek kecil bercampur dengan rokok dalam pembungkus­an standard pek 20 batang. “Standard pembungkus­an rokok yang dibenarkan oleh kerajaan ialah 20 batang. Maka, budak (pelajar) tak mampu beli.

“Kerajaan juga tidak membenarka­n jualan secara buka dan diletakkan dalam tin yang kemudian dijual batang. Itu penguatkua­saan di bawah Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM),” katanya dalam sidang media di sini, semalam. Menurutnya, beliau sudah membaca laporan portal Harian Metro kelmarin berhubung modus operandi terbaharu kartel rokok seludup itu yang menyasarka­n rokok murah lima batang sekotak untuk pasaran pelajar sekolah dan B40.

Katanya, selain maklumat daripada masyarakat, pihak media juga memainkan peranan penting dalam usaha mencegah kegiatan penyeludup­an di negara ini.

“Sila beri kerjasama kepada kami, sila beri maklumat dan pastinya kami akan mengambil tindakan tegas.

“Kami akan buat siasatan lanjut untuk mengenal pasti dalang sindiket ini. Kegiatan haram ini perlu didedahkan dari semasa ke semasa untuk tujuan kesedaran kepada masyarakat.

“Sebab masih ramai lagi mak cik di kampung menjual rokok seludup di kedai mereka. Kita nak elakkan daripada mereka diambil tindakan yang tegas kerana penalti melakukan jenayah ini sangat tinggi,” katanya.

Portal Harian Metro melaporkan kartel rokok seludup kini semakin agresif mengeluar dan memasarkan rokok dalam pek lima batang pada harga di bawah RM2 sekotak dengan menyasarka­n golongan remaja dan B40.

Difahamkan, rokok pek lima batang itu memang untuk pasaran remaja bawah umur yang baharu berjinak-jinak dengan rokok dan masih mengharapk­an duit saku daripada ibu bapa.

Buat masa ini kartel masih

“Standard pembungkus­an rokok dibenarkan oleh kerajaan ialah 20 batang Abdul Latif

mencuba pasaran dengan meletakkan produk haram termurah itu di kedai runcit diusahakan warga asing terutama sekitar ibu negara seperti di Chow Kit dan Kampung Baru selain turut dikesan di pasaran Pulau Pinang.

Selain di kedai runcit, harga sekarton rokok seludup pek berisi lima batang rokok dijual di Facebook (FB) adalah antara RM65 hingga RM75, mempunyai 40 pek sekarton yang bermakna harga sekotak jatuh kepada sekitar RM1.70 sekotak.

Tinjauan turut mendapati syarikat terbabit dalam kegiatan penyeludup­an rokok turut mengeluark­an variasi pek 10 batang berharga RM3.50 sekotak dan mengekalka­n pek 20 batang sedia ada berharga sekitar RM5 hingga RM6 sekotak.

 ??  ??
 ??  ?? PEK lima batang rokok seludup yang dirampas JKDM.
PEK lima batang rokok seludup yang dirampas JKDM.
 ??  ?? ABDUL Latif (kanan) menunjukka­n rokok seludup dalam pek lima batang di Ibu Pejabat JKDM, semalam.
ABDUL Latif (kanan) menunjukka­n rokok seludup dalam pek lima batang di Ibu Pejabat JKDM, semalam.
 ??  ??
 ??  ?? PERBEZAAN pek 5 batang dan 20 batang rokok.
PERBEZAAN pek 5 batang dan 20 batang rokok.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia