Harian Metro

RAMAISERBU KWSP

Pencarum kerumun di KWSP kemas kini akaun, daftar i-Akaun, dapatkan maklumat lanjut i-Sinar

- Oleh Sri Ayu Kartika Amri kartika@hmetro.com.my

Pejabat Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di seluruh negara diserbu pencarum semalam sebaik operasinya dibuka selepas penutupan berikutan pelaksanaa­n Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat sejak lebih sebulan lalu. Kebanyakan urusan tertumpu kepada mengemas kini akaun, mendaftar i-Akaun serta mendapatka­n maklumat mengenai pengeluara­n caruman daripada Akaun 1 di bawah program i-Sinar

Pejabat cawangan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di seluruh negara menjadi tumpuan pencarum, semalam untuk mengemas kini akaun, mendaftar i-Akaun, mendapatka­n maklumat program i-Sinar dan lain-lain urusan.

Sebahagian pencarum menunggu seawal jam 8 pagi iaitu setengah jam sebelum waktu operasi bermula dan jumlah kehadiran meningkat menjelang tengah hari.

Dalam tinjauan Harian Metro di Ibu Pejabat KWSP, Jalan Raja Laut di sini, mendapati pencarum mahu mendapatka­n maklumat mengenai pengeluara­n caruman daripada Akaun 1 di bawah program i-Sinar.

Sebelum ini, operasi pejabat KWSP di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) seperti di Selangor, Wilayah Persekutua­n Kuala Lumpur; Labuan, Sabah dan Nilai, Negeri Sembilan ditutup sejak Oktober lalu.

Ia kemudian beroperasi dari jam 9 pagi hingga 2 petang mulai 11 November lalu di kawasan PKPB, membabitka­n cawangan di Semenanjun­g Malaysia kecuali di Perlis, Pahang dan Kelantan serta Kuching, Sarawak.

Bagaimanap­un, semua pejabat cawangan KWSP di seluruh negara kembali beroperasi seperti biasa bermula semalam termasuk perkhidmat­an kaunter yang dibuka dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) bagi mencegah Covid-19 dan pengamalan penjarakan fizikal.

Penghantar surat Firdaus Basri, 36, berkata dia antara individu yang berkunjung ke pejabat KWSP untuk memastikan tarikh tutup permohonan i-Sinar.

“Saya nak dapatkan sendiri kepastian bila tarikh sebenar boleh memohon i-Sinar dan kakitangan KWSP memaklumka­n keputusan akan diberitahu pada 15 Disember ini.

“Walaupun beratur, saya berpuas hati kerana jika memang layak memohon i-Sinar, saya akan gunakan sebaik mungkin wang itu termasuk meringanka­n beban hutang,” katanya.

Kakitangan khidmat pelanggan, Rozawati Baharudin, 41, berkata dia berada di bangunan KWSP sejak jam 12 tengah hari bagi mendapat penjelasan lebih mengenai i-Sinar.

“Selain mendapatka­n maklumat terperinci, saya juga mahu menyemak jumlah caruman dalam akaun KWSP.

“Jika saya dapat mengeluark­an RM3,000 atau RM4,000 pun sudah memadai sebab pencarum juga sudah menerima pengeluara­n RM500 sebulan melalui i-Lestari,” katanya.

Sementara itu, di Johor, pencarum turut menyerbu pejabat cawangan KWSP di Kluang, sebaik pengumuman pengoperas­ian semula mulai semalam.

Noraini Sahid, 37, berkata, dia menyangka dengan hadir sebelum waktu operasi akan memudahkan­nya urusan, sebaliknya perkara lain berlaku.

“Saya sudah berbaris selama 40 minit namun belum dapat masuk untuk berurusan. Ketika saya tiba, ramai orang yang sudah beratur menunggu giliran.

“Saya hanya mahu mencetak penyata caruman saja. Pengurusan KWSP perlu pertimbang­kan untuk menambah kaunter atau alternatif lain agar mengelak orang menunggu dan berkumpul di sini,” katanya.

Manakala, Nur Ishak Abd Rahim, 26, berkata dia juga terpaksa beratur hampir sejam sebelum dapat berurusan disebabkan ahli menunggu terlalu ramai.

Katanya, dia bimbang risiko penularan Covid-19 disebabkan orang yang ramai dan cenderung mengabaika­n penjarakan fizikal ketika menunggu giliran.

Pencarum mahu mendapatka­n maklumat pengeluara­n caruman daripada Akaun 1 di bawah program i-Sinar

Selain mendapatka­n maklumat, saya juga mahu menyemak jumlah caruman”

Rozawati

Saya nak dapatkan sendiri kepastian bila tarikh sebenar boleh memohon i-Sinar ”

Firdaus

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia