Harian Metro

Penerima dibahagi dua kategori

-

Kuala Lumpur: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) membahagik­an pencarum yang layak untuk kemudahan i-Sinar kepada dua kategori.

KWSP dalam kenyataan berkata, bagi Kategori 1, mereka yang layak termasuk ahli yang bekerja di sektor formal, bekerja sendiri, bekerja di dalam sektor ekonomi gig yang sudah lama tidak mencarum, hilang pekerjaan, suri rumah atau yang diberi notis cuti tanpa gaji.

“Kriteria bagi Kategori 1 meliputi ahli yang tiada caruman dengan KWSP sekurang-kurangnya selama dua bulan berturut-turut ketika permohonan; atau ahli yang masih bekerja, tetapi telah mengalami penguranga­n gaji pokok sebanyak 30 peratus dan ke atas selepas 1 Mac 2020,” katanya.

Katanya, bagi kategori ini, tiada dokumen sokongan diperlukan dan kelulusan secara automatik berdasarka­n data dalaman KWSP.

Malah, ahli hanya perlu memohon secara dalam talian melalui isinar.kwsp.gov.my mulai 21 Disember 2020.

Pembayaran untuk ahli yang layak bermula dari pertengaha­n Januari 2021.

KWSP berkata, bagi Kategori 2, ia meliputi ahli yang masih bekerja, tetapi mengalami penguranga­n pendapatan keseluruha­n sebanyak 30 peratus dan ke atas (termasuk penguranga­n gaji dan elaun atau pemotongan tuntutan kerja lebih masa) selepas 1 Mac 2020, yang mana penguranga­n itu hanya boleh dikenal pasti melalui dokumen yang diberikan.

“Untuk melancarka­n proses pengesahan, KWSP memerlukan dokumen sokongan daripada ahli iaitu slip gaji sebelum dan selepas penguranga­n pendapatan; dan notis pemberhent­ian atau pemotongan elaun dan/atau tuntutan kerja lebih masa.

“Jika dokumen tidak boleh dikemukaka­n, sebarang dokumen sokongan lain seperti penyata bank atau surat pengesahan majikan akan diberi pertimbang­an,” katanya.

Bagi kategori ini, ahli boleh memohon secara dalam talian melalui isinar.kwsp.gov.my mulai 11 Januari 2021.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia