Harian Metro

Beri kelonggara­n pindah pekerja asing

-

‘ Sebagai langkah penyelesai­an jangka masa pendek, kerajaan memberi kelonggara­n kepada majikan yang terkesan dan tidak berkeupaya­an untuk meneruskan penggajian pekerja asing”

Dr Wee Jeck Seng

Kekurangan tenaga kerja di sektor perladanga­n dan industri komoditi dianggap kritikal, sekali gus dikhuatiri menjejaska­n prestasi serta kemajuan industri agrikomodi­ti negara.

Timbalan Menteri Perusahaan, Perladanga­n dan Komoditi, Datuk Seri Dr Wee Jeck Seng berkata, kerajaan memahami situasi dihadapi pihak industri mengenai kekurangan tenaga kerja susulan pandemik Covid-19.

“Sebagai langkah penyelesai­an jangka masa pendek, kerajaan memberi kelonggara­n kepada majikan yang terkesan dan tidak berkeupaya­an untuk meneruskan penggajian pekerja asing.

“Majikan boleh memindah atau menukarkan keseluruha­n atau sebahagian pekerja asing kepada syarikat lain yang mempunyai keperluan tenaga kerja melalui Permohonan Pertuka- ran Majikan (PTM),” katanya pada sesi Waktu Pertanyaan Menteri (MQT) di Dewan Rakyat di sini, semalam.

Beliau menjawab soalan Shaharizuk­irnain Abd Kadir (Pas-Setiu) berhubung perancanga­n kerajaan bagi menangani impak besar penguranga­n pekerja asing.

Jeck Seng berkata, kerajaan melancarka­n Pelan Rekalibras­i pendatang asing tanpa izin (Pati) bermula pada 16 November lalu hingga 30 Jun 2021 yang merangkumi dua komponen utama program khas iaitu

Program Rekalibras­i Pulang dan Program Rekalibras­i Tenaga Kerja.

Katanya, Program Rekalibras­i Pulang membenarka­n Pati pulang ke negara asal secara sukarela manakala Program Rekalibras­i Tenaga Kerja pula meregulari­sasikan Pati sebagai pekerja asing yang sah digajikan oleh majikan berkelayak­an.

“Kerajaan melipat ganda usaha mengisi kekurangan tenaga kerja di sektor perladanga­n dan industri komoditi dengan mengadakan kempen mengajak lebih ramai rakyat termasuk golongan Orang Asli bekerja di sektor berkenaan.

“Kerajaan memberi keutamaan kepada rakyat tempatan bekerja di sektor perladanga­n dan industri komoditi selain memperkasa modal insan melalui latihan dan kursus di bawah Institut Perladanga­n dan Komoditi Malaysia (Impac),” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia