Biaya modal kerja PKS sehingga RM500,000
Bank Negara Malaysia (BNM) menjelaskan ada dua dana disediakan untuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang terjejas akibat Covid-19 seperti yang diumumkan dalam ucapan Belanjawan 2021 iaitu Kemudahan Bantuan dan Pemulihan Bersasar (TRRF) dan Kemudahan Perusahaan Mikro (MEF).
BNM dalam kenyataan berkata, bagi TRRF, PKS yang layak boleh mendapatkan pembiayaan bagi tujuan modal kerja sehingga RM500,000 untuk tempoh sehingga tujuh tahun termasuk moratorium sekurang-kurangnya selama enam bulan.
Kemudahan ini ditawarkan pada kadar sehingga 3.5 peratus setahun dan boleh diperoleh melalui 21 institusi kewangan peserta, dengan perlindungan jaminan oleh Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan (SJPP) atau Credit Guarantee Corporation (CGC).
Kemudahan pinjaman bernilai RM2 bilion untuk membantu PKS yang layak dalam sektor perkhidmatan itu kini tersedia sehingga 31 Disember tahun depan atau sehingga habis digunakan.
Bagi MEF pula, BNM berkata, kemudahan itu ditambah baik untuk meningkatkan akses perusahaan mikro kepada kredit yang merangkumi individu yang bekerja sendiri, pekerja sambilan (pekerja gig) yang menggunakan platform digital dan peserta program iTEKAD, program pembiayaan sosial yang menyokong usahawan mikro dalam golongan B40.
Jumlah peruntukan bagi kemudahan itu ditambahkan nilainya daripada RM300 juta kepada RM410 juta dengan baki peruntukan yang tersedia sebanyak RM200 juta, katanya.
BNM berkata, perusahaan mikro yang layak boleh mendapatkan pembiayaan untuk tujuan modal kerja dan perbelanjaan modal sehingga RM50,000.
Kadar pembiayaan akan ditetapkan oleh institusi kewangan peserta di mana bagi kemudahan ini, institusi kewangan peserta juga boleh mendapatkan perlindungan jaminan daripada CGC atau SJPP.
“Untuk memohon TRRF, PKS yang berminat boleh memohon terus kepada institusi kewangan masing-masing yang terdiri daripada bank perdagangan, bank-bank Islam dan institusi kewangan pembangunan yang dikawal selia oleh BNM menerusi laman web bank berkenaan atau di cawangan institusi kewangan,” katanya.
“
Untuk TRRF,
PKS boleh memohon terus kepada institusi kewangan masing-masing BNM