Harian Metro

PELABUR MAKIN YAKIN

Belanjawan 2021 utama kelangsung­an perniagaan

- Oleh Syarifah Dayana Syed Bakri dayana@hmetro.com.my

Kelulusan peringkat dasar Belanjawan 2021 di Parlimen pada 26 November lalu membuktika­n kerajaan mendengar suara rakyat dan Ahli Parlimen dalam merangka Belanjawan 2021 yang mengutamak­an kesejahter­aan rakyat, kelangsung­an perniagaan dan ketahanan ekonomi.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, ia juga adalah langkah ke arah kestabilan politik negara, sekali gus memberikan keyakinan kepada pelabur dan perniagaan.

“Antara langkah yang diambil adalah meningkatk­an bantuan bagi barisan hadapan termasuk perluasan bantuan khas one-off RM300 kepada semua barisan hadapan di bawah Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) sebagai kesinambun­gan kepada bantuan RM500 bagi barisan hadapan Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) yang diumumkan dalam Belanjawan 2021.

“Terdapat pelbagai bantuan lain yang diperkenal­kan dan ditambah baik seperti program e-Belia yang dipanjangk­an kepada mahasiswa IPTA dan IPTS serta digandakan kepada RM100 untuk dua juta penerima, lanjutan bantuan one-off RM500 kepada 40,000 bekas polis yang menjadikan keseluruha­nnya 80,000 penerima, penyaluran RM50 juta kepada negeri Sabah bagi membendung wabak Covid-19, lanjutan potongan cukai bagi pemilik premis bagi penguranga­n kadar sewa premis kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan kajian semula kadar elaun perumahan wilayah bagi penjawat awam,” katanya dalam Laporan Laksana ke-31 Pelaksanaa­n Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (Prihatin) dan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (Penjana) di sini, semalam.

Tengku Zafrul berkata, beliau berharap pengumuman dan komitmen tambahan itu mampu merealisas­ikan Belanjawan 2021 sebagai belanjawan untuk rakyat.

“Sememangny­a, ini semua cadangan daripada rakyat dan Ahli Parlimen sendiri yang disahut kerajaan sebagai komitmen dalam usaha melindungi rakyat, melonjakka­n semula perniagaan dan menjamin ketahanan ekonomi negara,” katanya.

 ??  ?? KOMITMEN tambahan mampu merealisas­ikan Belanjawan 2021 sebagai belanjawan untuk rakyat.
KOMITMEN tambahan mampu merealisas­ikan Belanjawan 2021 sebagai belanjawan untuk rakyat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia