Harian Metro

‘Kita rugi RM67b’

Pemulihan ekonomi 2021 bergantung pandemik

-

Pandemik Covid-19 memberi kesan ketara terhadap sektor runcit dan perkhidmat­an luar talian yang menyebabka­n jumlah penguranga­n tenaga kerja dalam dua sektor berkenaan.

Ahli Ekonomi Kanan UOB Malaysia, Julia Goh berkata, walaupun ekonomi Malaysia kini bangkit semula dengan unjuran pemulihan 6.5 peratus hingga 7.5 peratus pada 2021, perjalanan itu dijangka tidak menentu dan bergantung pada peningkata­n kes Covid-19.

“Banyak usaha perlu dilakukan kerana ekonomi sudah mengalami kerugian yang diunjurkan berjumlah sehingga RM67 bilion akibat kesan pelaksanaa­n Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat­kan (PKPD) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

“Permintaan pengguna yang lemah dan kecairan yang ketat menyebabka­n perniagaan menghentik­an operasi sama ada secara kekal atau sementara.

“Difahamkan sektor makanan dan minuman (F&B) mengurangk­an 35 peratus daripada tenaga kerja mereka ketika PKP pada Mac lalu,” katanya.

Katanya, perbelanja­an penggunaan peribadi akan terus menjadi pendorong utama pertumbuha­n ekonomi Malaysia pada tahun depan yang dijangka merangkumi hingga 60 peratus daripada keluaran dalam negara kasar (KDNK) negara.

“Oleh itu, sektor runcit dan perkhidmat­an luar talian perlu mencari kaedah baharu untuk berkembang maju dalam persekitar­an pasca pandemik.

“Antara cara yang tepat dengan mengintegr­asikan strategi luar talian dan atas talian bagi mengatasi perubahan yang diwujudkan oleh norma baharu dan memanfaatk­an potensi ekonomi digital yang semakin meningkat,” katanya pada sidang media maya sempena pelancaran Jualan Ulang Tahun 12.12 Shopee di sini, semalam.

Justeru, Shopee Malaysia sempena meraikan ulang tahunnya ke-12 tahun ini, mengambil langkah turut sama membantu sektor berkenaan.

Ketua Pengurusan Peniaga Shopee Malaysia, Zed Li berkata, pihaknya menjalin kerjasama dengan jenama berasaskan kedai fizikal untuk menyertai platform dalam talian.

“Kerjasama ini akan menyaksika­n Shopee menggunaka­n kelebihann­ya berinterak­si dengan pengguna atas talian secara serta-merta dan menggalakk­an pembelian produk, tawaran set menarik dan baucar tunai,” katanya.

 ??  ?? LI pada sidang media maya sempena pelancaran Jualan Ulang Tahun 12.12 Shopee, semalam.
LI pada sidang media maya sempena pelancaran Jualan Ulang Tahun 12.12 Shopee, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia