Harian Metro

ENGGAN TAHU JANTINA BAYI

Namun, Ain dan suami terima dengan hati terbuka sama ada perempuan atau lelaki

- Oleh Norhayati Nordin norhayati_nordin@ hmetro.com.my

Tiada apa yang lebih membahagia­kan pasangan suami isteri yang hampir setahun mendirikan rumah tangga apabila dimaklumka­n bakal menimang cahaya mata.

Itulah yang dirasakan pengacara dan pelakon, Ain Edruce sebaik mengetahui dirinya kini hamil anak sulung.

Ain yang mendirikan rumah tangga bersama Amirul Hafiz pada 13 Disember tahun lalu, sebelum ini sering dihujani dengan soalan cahaya mata setiap kali ditemu bual media termasukla­h daripada sanak-saudara.

Menurut Ain, dia dan suami tidak pernah membuat perancanga­n bila mereka akan bersedia mahu memiliki cahaya mata. Cuma, katanya mungkin jadual kerja seni yang terlalu sibuk dan tiada rezeki lagi.

“Bagaimanap­un, alhamdulil­lah sekarang saya mengandung dan usia kehamilan juga sudah mencecah empat bulan. Kini, saya tidak boleh terlalu aktif bekerja dan kena menjaga kandungan sebaik mungkin.

“Suami juga selalu ingatkan saya supaya berhati-hati, tak boleh sibuk sangat dan menjaga pemakanan harian kerana bayi memerlukan nutrisi terbaik untuk perkembang­annya. Saya juga banyak mendapat maklumat mengenai penjagaan kehamilan. Apapun sebagai bakal ibu, saya teruja nak menimang cahaya mata ini sendiri,” katanya.

Mengakui ia rezeki terindahny­a untuk tahun ini, Ain berkata, krisis Covid-19 yang masih melanda tetap membimbang­kannya.

“Saya tahu, tahun ini juga ramai orang mengalami masalah kewangan terjejas, hilang pekerjaan dan sebagainya. Namun, rezeki saya pula sangat bermakna dengan kehadiran bayi ini nanti.

“Semoga kandungan saya berada dalam keadaan sihat dan terima kasih pada keluarga, rakan dan semua peminat yang sudah mendoakan apa saja terbaik buat saya bersama suami,” katanya.

Mengulas mengenai jantina bayi, Ain berkata, dia dan suami buat masa ini enggan mengetahui­nya. Bagaimanap­un, sama ada anak lelaki atau perempuan mereka terima dengan hati terbuka.

Menurut Ain, sekarang wajar untuk dia menjaga kesihatan diri berikutan kes jangkitan Covid-19 masih meningkat dan harus mengutamak­an norma baharu dalam kehidupan.

“Ikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan walau di mana saja berada, duduk di rumah saja sekiranya tidak ada urusan kerja yang penting di luar. Jangan lupa selalu pakai pelitup muka, jaga penjarakan fizikal dan kerap mencuci tangan dengan sabun seperti disarankan Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM),” katanya.

Ain yang popular dengan sitkom Jenaka Kampung Kalut (JKK) di TV3 berkata, sekarang adalah masa untuk semua rakyat Malaysia bersatu dan mengikut arahan pihak berkuasa demi kesihatan memandangk­an vaksin Covid-19 masih belum ada.

Semoga kandungan saya berada dalam keadaan sihat dan terima kasih pada keluarga, rakan dan semua peminat yang sudah mendoakan apa saja terbaik buat saya bersama suami

AIN

 ??  ?? AIN gembira kini hamil anak pertama.
AIN gembira kini hamil anak pertama.
 ??  ?? REZEKI terindah, Ain berdoa urusan kehamilann­ya dipermudah­kan.
REZEKI terindah, Ain berdoa urusan kehamilann­ya dipermudah­kan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia