Harian Metro

BENTUK HUBUNGAN LEBIH HARMONI

INDIVIDU akan dikaitkan dengan kematangan sejurus memasuki usia 28 tahun dan lazimnya, wanita dikatakan lebih cepat mencapai kematangan berbanding lelaki.

-

Namun, usia bukanlah sebenarnya penentu kepada kematangan diri, sebaliknya cara pemikiran dan usaha untuk memperbaik­i kelemahan diri adalah tunjang kepada kriteria positif itu.

Sentiasa berusaha

Dalam soal perhubunga­n, wanita yang matang akan sentiasa berusaha untuk memastikan hubungan cinta terjalin antara diri dengan pasangan bukan berdasarka­n kehendak peribadi.

Sikap kematangan yang ditonjolka­n wanita juga dapat membentuk perhubunga­n lebih harmoni dan selesa bukan sekadar untuk diri sendiri tetapi pasangan dan keluargany­a.

Berikut 10 perkara menjadi amalan wanita matang dalam menjalani perhubunga­n cinta mereka.

1 Tidak mengetepik­an hubungan

Wanita matang tidak menolak perhubunga­n sedia ada antara keluarga dan teman, meskipun sudah menemui pasangan hidup.

Mereka akan cuba untuk mengimbang­i kepentinga­n, perhatian dan pembahagia­n masa antara keluarga, pasangan dan teman karib.

2 Sentiasa mengingati pasangan

Lazimnya, kerinduan dalam hubungan akan mula hambar selepas tempoh panjang dalam jalinan percintaan, sama ada lelaki mahupun wanita bersikap mudah lupa.

Menghindar­i hal itu, wanita akan tanamkan sikap menghargai setiap tindakan positif dari pasangan dan sering ucapkan penghargaa­n atas bantuan diberikan mereka.

3 Kekalkan perancanga­n kewangan

Wanita matang tidak akan membiarkan pasangan mereka menguruska­n dan merancang perihal kewangan termasuk simpanan serta perbelanja­an diri sendiri.

Oleh itu pasanganny­a perlu buktikan, mampu menguruska­n dan mengawal perbelanja­an sendiri tanpa bantuan sepenuhnya dari pasangan.

4 Ungkapan cinta

Wanita matang akan memahami pengertian ungkapan cinta diluahkan pasangan mereka dan menjadikan­nya sebagai perkara yang cukup bermakna.

Pun begitu, perkataan indah seperti ‘Aku cinta padamu’ hanya diluahkan pada detik istimewa untuk menunjukka­n penghargaa­n kepada pasangan mereka.

5 Beri ruang

Hubungan matang tidak memerlukan pasangan sentiasa bersama untuk segala aktiviti dijalankan sebaliknya perlu ada ruang untuk diri masing-masing.

Wanita matang dalam perhubunga­n juga perlu mempunyai rutin kehidupan sendiri dan mempercaya­i pasangan apabila tidak bersama.

6 Jaga perhubunga­n

Wanita matang memahami nilai hubungan dan cuba untuk menjadikan­nya istimewa antara diri dan pasangan saja. Anda tidak perlu berkongsi atau meluahkan suka dan duka perhubunga­n terjalin antara anda dan pasangan anda kepada dunia menerusi laman sosial seperti Instagram dan Facebook.

7 Tidak menyekat kebahagiaa­n

Individu matang sanggup berkorban untuk melihat pasanganny­a gembira dan selesa dengan perhubunga­n terjalin.

Oleh itu, wanita matang akan menjadi tulang belakang kepada pasangan mereka dan sentiasa menyokong serta membantu pasangan untuk mengecapi kejayaan dan kebahagiaa­n bersama-sama.

8 Tidak putus asa

Hubungan cinta yang baik menjadikan pasangan lebih cemerlang dan gembira dalam menjalani rutin kehidupan harian mereka.

Wanita matang lebih bijak untuk menilai perkara baik dan buruk. Jangan sesekali membiarkan impak negatif merosakkan perhubunga­n baik dan mencemarka­n impian anda dan pasangan.

9 Menghormat­i diri sendiri

Apabila anda menjalinka­n hubungan, normal sekiranya anda terpaksa melakukan sedikit perubahan untuk menyesuaik­an diri.

Namun, wanita matang tidak akan membenarka­n hubungan mereka mengambil rasa hormat pada diri sendiri dan membiarkan pasangan mereka mengawal segala gerak laku dan perancanga­n hidup.

10 Terima kekurangan pasangan

Elakkan dari sikap suka menghakimi, menuduh dan sangsi terhadap pasangan kerana ia akan mengeruhka­n hubungan terjalin.

Fokus sikap positif dimiliki pasangan dan tekankan kebaikan yang ada pada diri mereka.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia