Harian Metro

Lapan daerah di Pahang terjejas

-

Putrajaya: Bilangan mangsa banjir di Johor dan Pahang setakat jam 4 petang semalam mencatatka­n seramai 7,070 orang membabitka­n 1,886 keluarga.

Ketua Komunikasi Korporat Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) Datin Nur Daliza Dohat berkata, sebanyak 76 pusat pemindahan sementara (PPS) sudah dibuka di dua negeri berkenaan.

Menurutnya, banjir yang direkodkan setakat ini membabitka­n 14 daerah iaitu lapan di Pahang dan enam di Johor.

Katanya, tinjauan situasi semasa berdasarka­n Stesen Telemetri Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) mendapati beberapa sungai di Johor diletakkan pada paras bahaya iaitu Sungai Johor di Kota Tinggi yang airnya pada paras 3.03 meter (m), Sungai Johor di Rantau Panjang

Kota Tinggi (10.79 m) dan Sungai Lenik di Ladang Chaah, Segamat (6.8 m).

“Selain itu, Sungai Ketil di Kuala Pegang, Baling, Kedah juga masih kekal diletakkan pada status bahaya berikutan paras airnya 34.97 m manakala Sungai Padas di Beaufort, Sabah pada 9.21 m,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Berdasarka­n peringkat amaran cuaca pula, katanya, kawasan yang diletakkan dalam status bahaya berikutan hujan lebat dijangka berterusan adalah membabitka­n daerah Jerantut, Temerloh,

Maran, Kuantan, Pekan dan Rompin di Pahang dan Mersing, Johor sehingga hari ini.

Menurutnya, status bahaya turut diletakkan untuk daerah Pekan, Rompin, Maran dan Kuantan di Pahang dan daerah Mersing, Johor sehingga semalam.

“Ketika ini Nadma dengan kerjasama Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) dan Daerah (JPBD) aktif membuat pemantauan dan koordinasi menyelamat,” katanya.

 ??  ?? SETAKAT semalam banjir hampir mencecah paras bumbung rumah penduduk Taman Maran Jaya, Maran, Pahang selepas hujan lebat turun selama dua hari.
SETAKAT semalam banjir hampir mencecah paras bumbung rumah penduduk Taman Maran Jaya, Maran, Pahang selepas hujan lebat turun selama dua hari.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia