Harian Metro

Larang himpun lebih 25 orang

Pakar: Kerajaan perlu bertindak tegas bergantung keadaan lokasi dan sistem pengaliran udara

- Oleh Amir Abd Hamid amir_hamid@mediaprima.com.my

Kerajaan khususnya menerusi Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamata­n Negara (MKN) perlu lebih bertegas dengan melarang perhimpuna­n melebihi 25 individu di sesuatu lokasi pada masa sama.

Pakar virologi dari Universiti Malaya (UM), Profesor Dr Sazaly Abu Bakar, berkata, langkah itu berdasarka­n anggaran bahawa terdapat seorang individu positif virus Covid-19 bagi setiap 250 individu.

Beliau berkata, penguatkua­saan tegas larangan itu bergantung kepada keadaan lokasi dan sistem aliran udara termasuk di tempat kerja.

“Isu kepentinga­n sistem pengaliran udara yang baik kurang ditekankan oleh KKM, khususnya bagi mereka yang menjalani kuarantin di rumah.

“Situasi kini adalah antara paling ditakuti sejak virus Covid-19 dikesan. Ia membabitka­n penularan virus dalam komuniti tanpa dapat dikesan lebih awal,” katanya mengulas isu peningkata­n kumpulan individu ditahan di pusat hiburan dan pub kerana gagal mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) setiap hari.

Ditanya adakah tindakan meningkatk­an kadar kompaun atau hukuman penjara dalam membendung masalah ini, beliau bagaimanap­un meluahkan kebimbanga­n sekiranya ia akan mengundang peningkata­n kes rasuah antara pesalah dan penguat kuasa.

“Bagi pandangan saya, hanya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sahaja boleh membendung penularan yang berlaku sekarang.

“Gelombang ketiga masih berterusan dengan catatan kes baharu empat digit. Tidak ada petunjuk kes akan menurun dalam waktu terdekat,” katanya.

Mulai 1 Januari 2021, kerajaan membuat keputusan melanjutka­n PKPP sehingga 31 Mac 2021.

Menteri Kanan (Keselamata­n) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dilaporkan berkata, kerajaan sebelum ini sudah menguatkua­sakan PKPP di seluruh negara yang tamat 31 Disember 2020.

“Keputusan melanjutka­n PKPP berdasarka­n penilaian risiko KKM mendapati peningkata­n kes ketara masih berlaku di seluruh negara dengan kadar kebolehjan­gkitan yang tinggi,” katanya.

 ??  ?? DR Sazaly
DR Sazaly

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia