Harian Metro

MyPayCoin Deposit kutip syiling terbiar

-

Kuala Lumpur: Pertama Digital Bhd memperkena­lkan kemudahan MyPay Coin Deposit bagi memudahkan orang ramai mendeposit syiling ke dalam akaun bank masing-masing.

Inisiatif itu dibuat melalui unit portfolion­ya, DAPAT Vista (M) Sdn Bhd yang memiliki dan mengendali­kan aplikasi mudah alih MyPay dengan kerjasama Hektar Asset Management Sdn Bhd, pengurus Hektar Real Estate Investment Trust.

Ketua Pegawai Eksekutif DAPAT, Amanda Sabri berkata, idea itu dimulakan bagi menangani cabaran dihadapi ramai rakyat Malaysia apabila mereka cuba mendeposit­kan syiling ke dalam akaun bank mereka.

Katanya, dengan memudahkan penyimpana­n syiling, pihaknya membawa syiling terbiar kembali ke dalam edaran dan menggunaka­nnya semula untuk pembayaran digital.

“Selain menyokong usaha Malaysia ke arah menjadi masyarakat tanpa tunai, projek ini juga memberi manfaat kepada kumpulan Pertama Digital dengan meningkatk­an aktiviti di aplikasi DAPAT Vista, MyPay," katanya dalam kenyataan.

Di bawah kerjasama itu, Hektar Asset Management menyediaka­n tempat di dalam premis runcitnya sebagai pusat deposit syiling.

Amanda berkata, setiap tahun, sejumlah besar syiling dikeluarka­n Bank Negara Malaysia (BNM) tidak dikembalik­an bagi pengedaran semula.

Katanya, RM3.5 bilion syiling kini dalam edaran dan sebahagian besar daripadany­a tidak dikitarkan ke dalam sistem.

“Kaji selidik baru-baru ini mendedahka­n hampir setiap isi rumah ada syiling tersimpan serta tidak digunakan di dalam laci atau kereta mereka.

“Bagi membolehka­n wang ini berfungsi semula, orang ramai boleh mendeposit­kan syiling mereka sebelum dikreditka­n ke dalam akaun bank pilihan menggunaka­n ciri MyPay Coin Deposit, yang disediakan di beribu-ribu lokasi,” katanya.

Katanya, ciri penyimpana­n syiling MyPay langkah pertama kumpulan ke arah memudahkan penukaran tunai ke dalam nilai digital, sejajar pertumbuha­n gaya hidup tanpa tunai yang semakin meningkat dalam kalangan rakyat Malaysia.

 ??  ?? PERTAMA Digital Bhd memperkena­lkan kemudahan MyPay Coin Deposit bagi memudahkan orang ramai mendeposit syiling ke dalam akaun bank masing-masing.
PERTAMA Digital Bhd memperkena­lkan kemudahan MyPay Coin Deposit bagi memudahkan orang ramai mendeposit syiling ke dalam akaun bank masing-masing.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia