Harian Metro

SERASI SATU NADA

Selepas lapan minggu dalam LCK2, Syafiq dan Serra tahu kekuatan masing-masing

- Oleh Syafil Syazwan Jefri syafil.syazwan@hmetro.com.my

Melihatkan kepada trend industri muzik tanah air, dua bakat baharu yang juga peserta program Lagu Cinta Kita 2 (LCK2), Syafiq dan Serra ingin mencuba nasib dengan menampilka­n kelainan.

Bagi mereka, menerusi program yang melabuhkan tirainya semalam, mereka dibentuk sebagai penyanyi solo, sekali gus melihat itu sebagai platform dan peluang untuk menyerlahk­an bakat dalam bidang nyanyian.

Bagi Syafiq atau nama sebenarnya Ahmad

Syafiq, dia sendiri melihat gandingann­ya dengan Serra Kamal adalah sesuatu yang benar-benar mencabar kemampuan mereka.

“Program ini banyak memberikan ilmu dan idea baharu buat kami. Apabila dapat peluang, saya tak lepaskan dan sepanjang program ini berlangsun­g, kami banyak habiskan masa bersama untuk mengenali satu sama lain dengan lebih mendalam,” katanya.

Menurutnya, selepas lapan minggu berjuang, dia dan Serra kini umpama ‘menyatu’ dalam satu nada yang sama.

“Apa yang boleh saya simpulkan, kami kini lebih tahu di mana kekuatan masing-masing. Secara tak langsung, kami umpama menjadi pelengkap kepada satu sama lain,” katanya.

Bagi Serra yang pernah menyertai program realiti Mentor Milenia

2017, keberadaan­nya dalam LCK2 adalah cabaran berbeza secara keseluruha­n.

“Saya sertai LCK2 sebab naktahudim­anatahap saya dan biar saya sedar di mana kedudukan saya dalam melontarka­n bakat. Apabila keluar sebagai penyanyi solo, kita sekadar tahu apa yang kita ada.

“Tapi, menerusi pertanding­an, ia umpama sekolah yang mencungkil bakat dan kemamuan yang kita sendiri tak jangka. Dari situ, kita akan nampak dimanakele­mahandan kekuatan kita,” katanya.

Ditanya mengenai perancanga­n selepas ini, kedua-dua mereka meletakkan­harapan supaya hubungan sebagai rakan duet ini berpanjang­an, sekali gus meletakkan mereka sebaris penyanyi lain dalam industri.

Apa yang boleh saya simpulkan, kami kini lebih tahu di mana kekuatan masing-masing. Secara tak langsung, kami umpama menjadi pelengkap kepada satu sama lain

SYAFIQ

 ??  ?? SYAFIQ dan Serra semakin serasi bersama.
SYAFIQ dan Serra semakin serasi bersama.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia