Harian Metro

BANGKIT SEMANGAT BAHARU

Lil J ambil inspirasi situasi pandemik hasil lagu berjudul Tahun Baru

- Oleh Georgie Joseph georgie@hmetro.com.my

Tahun 2020 sudah pun melabuhkan tirai. Kedatangan tahun baharu ini semestinya memberikan harapan setinggi gunung buat sesiapa saja. Apatah lagi sepanjang tahun lalu, banyak hal yang tidak memberangs­angkan.

Justeru, penyanyi muda, Lil J mengambil inspirasi daripada situasi yang melanda serta menduga semangat warga dunia terutama rakyat Malaysia. Baginya, apa yang penting sekarang adalah untuk terus berfikiran positif.

Disebabkan itu, Lil J,

22, atau nama sebenarnya Rvijay Raj menghasilk­an lagu baharunya berjudul Tahun Baru. Menurutnya, mesej lagu yang dicipta bersama Denzsyl dan Mingaling itu mengenai kepayahan diharungi tahun lalu.

“Saya ingin menyeru semua rakyat Malaysia berfikiran positif dan mempersiap­kan diri mereka dengan azam dan semangat baharu. Idea lagu ini datang ketika ramai daripada kita yang terkesan dengan pandemik Covid-19. Saya nak semua bangkit dan terus melangkah ke depan,” katanya.

Menjadi artis baharu yang kian mencipta nama, Lil J kini dalam proses memperkuku­h kerjaya seninya. Justeru, kesibukann­ya berganda sehingga dia tidak lepas tangan menjayakan setiap projek.

Walaupun Lil J mempunyai jadual padat dengan pelbagai projek seperti kolaborasi dengan artis lain, dia masih mempunyai masa menghasilk­an single solo yang sudah lama dinantikan.

“Saya mengambil masa dua hari untuk merakam dan menyiapkan Tahun Baru. Keseluruha­n proses rakaman itu dilakukan di MassMusic Studios. Banyak yang saya belajar sepanjang tempoh itu.

“Denzsyl adalah rakan komposer yang sering saya bekerjasam­a dan hubungan profesiona­l kami terjalin selama empat tahun. Bersamanya, saya belajar mengenai muzik dan industri hip hop Malaysia, selain mempunyai corak muzik sama,” katanya.

Memiliki misi yang cukup besar untuk menjadi anak seni berkualiti, Lil J bagaimanap­un tidak menafikan dirinya masih terlalu kerdil. Banyak cabaran yang perlu ditempuhi dalam industri dan perlu ditangani dengan langkah terbaik.

Antaranya, apabila bergelar artis baharu. Dia mengakui, dalam pada seronok menghasilk­an muzik, dia juga kena mengambil berat soal hubungan dengan pelbagai

Saya ingin menyeru semua rakyat Malaysia berfikiran positif dan mempersiap­kan diri mereka dengan azam dan semangat baharu. Idea lagu ini datang ketika ramai daripada kita yang terkesan dengan pandemik Covid-19. Saya nak semua bangkit dan terus melangkah ke depan

pihak demi kesenangan bersama.

“Tak semua yang kita hasilkan boleh diterima pendengar. Namun, saya percaya dan yakin, sekiranya kita jujur, mempunyai niat yang baik, perlahan-lahan ruang itu akan terbuka dengan sendirinya.

“Nantikan juga muzik video Tahun Baru yang memiliki jalan ceritanya cukup menarik. Semoga sesiapa juga menontonny­a boleh faham maksud Tahun Baru yang cuba saya sampaikan kerana ia bukan sekadar hiburan semata-mata,” katanya.

Bakat Lil J dicungkil menerusi program pencarian bakat rap baharu serantau Asia Tenggara, 16 Baris. Potensinya sebagai pelapis dalam genre muzik yang semakin diterima secara terbuka itu dilihat sangat besar untuk pergi jauh.

Mula mencipta nama pada 2018, dia juga pernah menghasilk­an lagu bersama bintang popular dari Thailand iaitu Chaleeda. Lagu terbabit, sekali gus memperkena­l namanya kepada peminat muzik tempatan.

Lagu Tahun Baru boleh dimuat turun di iTunes Store dan dijadikan sebagai panggilan nada dering menerusi semua syarikat telekomuni­kasi tempatan. Ia juga boleh didengari melalui penstriman atas talian seperti Apple Music, Spotify, Joox, YouTube Music, KKBox dan Deezer.

LIL J

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia