Harian Metro

Program vaksinasi bantu tingkat ekonomi negara

-

Kuala Lumpur: Program vaksinasi yang dijadualka­n pada akhir bulan ini akan meningkatk­an lagi ekonomi Malaysia dan seterusnya membantu mewujudkan lebih banyak pekerjaan menjelang separuh kedua 2021, demikian menurut Persekutua­n Majikan-Majikan Malaysia (MEF).

Pengarah Eksekutif, Datuk Shamsuddin Bardan (gambar) berkata, lebih ramai majikan akan bersedia untuk menggaji pekerja bagi tempoh yang lebih lama daripada menyediaka­n pekerjaan jangka pendek atau berasaskan kontrak seperti yang diamalkan pada masa ini.

“Tetapi, buat masa ini saya fikir walaupun dengan kontrak jangka pendek, graduan baharu dan penganggur seharusnya menghargai sebarang bentuk pekerjaan yang ditawarkan kerana pada hakikatnya majikan juga menghadapi masa sukar berikutan pandemik Covid-19 ini.

“Kami tidak pasti dengan prospek jangka panjang perniagaan,” katanya.

Shamsuddin berkata, persekutua­n itu sudah mengemukak­an kepada kerajaan mengenai isu betapa sukarnya majikan menawarkan pekerjaan untuk tempoh sekurang-kurangnya satu tahun sebagai prasyarat untuk layak bagi insentif pekerjaan dan ia berharap sektor swasta masih boleh mendapat subsidi yang disediakan Pertubuhan Keselamata­n Sosial (Perkeso) walaupun mereka hanya dapat menawarkan pekerjaan untuk jangka pendek.

Namun beliau menambah sektor swasta akan berusaha sebaik mungkin untuk membantu kerajaan menyediaka­n pekerjaan kepada rakyat tempatan dalam masa yang getir seperti ini.

Kerajaan meluluskan sejumlah RM12.76 bilion di bawah Fasa Satu Program Subsidi Upah (PSU 1.0) setakat 29 Januari lalu.

Sebanyak 322,177 majikan dan 2.64 juta pekerja menerima faedah PSU 1.0 di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (Prihatin) dan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (Penjana). - Bernama

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia