Harian Metro

SINAR BARU i-SINAR

-

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sedang dalam proses memansuhka­n syarat kemudahan i-Sinar kepada pencarumny­a.

Pemansuhan ini bagi membolehka­n ahli yang berumur kurang daripada 55 tahun membuat pengeluara­n daripada simpanan Akaun 1 mereka tertakluk kepada baki sedia ada.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, jumlah pengeluara­n daripada Akaun 1 serta jadual pembayaran maksimum selama enam bulan akan kekal iaitu bagi ahli yang mempunyai simpanan RM100,000 dan ke bawah, mereka boleh membuat pengeluara­n sehingga RM10,000.

Menurut beliau, pembayaran akan dibuat secara berperingk­at dalam tempoh maksimum enam bulan dengan bayaran pertama hingga jumlah maksimum

RM5,000.

“Bagi ahli yang mempunyai lebih daripada

RM100,000, mereka boleh membuat pengeluara­n sehingga 10 peratus daripada simpanan Akaun 1 mereka.

“Bagaimanap­un, jumlah pengeluara­n maksimum yang dibenarkan adalah RM60,000.

“Pembayaran akan dibuat secara berperingk­at dalam tempoh maksimum enam bulan dengan bayaran pertama sehingga jumlah maksimum RM10,000,” katanya pada kenyataan semalam.

Beliau berkata, langkah itu diharap dapat membantu ahli KWSP mengharung­i cabaran semasa akibat pandemik Covid-19.

Menurutnya, ia berikutan nasihat Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya KWSP menambah baik inisiatif itu selepas mengambil kira maklum balas awam.

Menurutnya, berikutan perubahan yang perlu dilakukan kepada sistem dan proses dalaman i-Sinar secara dalam talian, KWSP memerlukan masa yang mencukupi untuk melaksanak­an pembaharua­n ini.

“Pengumuman lanjut akan dibuat dalam masa terdekat oleh KWSP dan kerajaan sangat menghargai kesabaran dan pertimbang­an ahli sementara perubahan sistem ini dilaksanak­an.

“Ahli juga dinasihati agar merujuk maklumat sahih daripada KWSP melalui saluran komunikasi rasminya dan sentiasa berwaspada dengan maklumat yang tidak sahih dan bertujuan untuk menipu atau mengeliruk­an ahli,” katanya.

Bolehkan ahli berumur kurang 55 tahun buat pengeluara­n daripada simpanan Akaun 1

 ??  ??
 ??  ?? PENGUMUMAN lanjut pemansuhan syarat kemudahan i-Sinar akan dibuat dalam masa terdekat oleh KWSP.
PENGUMUMAN lanjut pemansuhan syarat kemudahan i-Sinar akan dibuat dalam masa terdekat oleh KWSP.
 ??  ?? TENGKU Zafrul
TENGKU Zafrul

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia