Harian Metro

Harian Metro mengucapka­n Selamat Tahun Baharu Cina kepada semua pembaca berbangsa Tionghua. Akhbar ini tidak diterbitka­n esok, tetapi kembali menemui pembaca pada Ahad. Untuk berita terkini, kunjungi laman web

- www.hmetro.com.my

Kuala Lumpur:

Prosedur operasi standard (SOP) tertentu yang ditetapkan pada sambutan Tahun Baharu Cina adalah bagi memastikan masyarakat dapat menyambut perayaan ini dalam keadaan selamat.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, ini termasuk SOP sekatan rentas negeri dan daerah yang menyebabka­n ramai yang tidak dapat pulang ke kampung halaman atau berjumpa keluarga masing-masing.

“Sekatan ini dilaksana bukan untuk menyekat kebebasan saudara dan saudari, tetapi untuk kebaikan bersama melindungi nyawa, terutama ahli keluarga yang kita sayangi.

“Ini penting kerana keutamaan kita semua pada masa ini ialah untuk memutuskan rantaian jangkitan Covid-19 dan melindungi nyawa rakyat,” katanya pada perutusan sempena perayaan Tahun Baharu Cina 2021 yang disiarkan secara langsung di RTM semalam.

Beliau berkata, di sebalik kekangan ini, beliau percaya sambutan Tahun Baharu Cina masih dapat disambut dengan penuh kegembiraa­n dan kemeriahan.

 ??  ??
 ??  ?? PASANGAN warga emas, Ban Seng, 98, dan Kua Yok Ting, 94, di rumah mereka di Kampung Mata Ayer, Machang. Pasangan ini yang mengamalka­n cara hidup masyarakat Kelantan dan amat fasih bertutur dalam loghat negeri itu memberitah­u sambutan Tahun Baharu Cina kali ini seakan tidak bermakna apabila hanya disambut berdua tanpa kehadiran anak-anak dan cucu mereka. Namun menurut Yok Ting walaupun tanpa kehadiran anak cucu, mereka tetap membuat sedikit persiapan seperti kuih tradisiona­l masyarakat Cina.
PASANGAN warga emas, Ban Seng, 98, dan Kua Yok Ting, 94, di rumah mereka di Kampung Mata Ayer, Machang. Pasangan ini yang mengamalka­n cara hidup masyarakat Kelantan dan amat fasih bertutur dalam loghat negeri itu memberitah­u sambutan Tahun Baharu Cina kali ini seakan tidak bermakna apabila hanya disambut berdua tanpa kehadiran anak-anak dan cucu mereka. Namun menurut Yok Ting walaupun tanpa kehadiran anak cucu, mereka tetap membuat sedikit persiapan seperti kuih tradisiona­l masyarakat Cina.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia