Harian Metro

DAGING KERBAU RAGU RM4.3J DIRAMPAS

- Oleh Nur Izzati Mohamad am@hmetro.com.my

Semua 12 kontena itu membawa daging kerbau sejuk beku seberat 335,914kg dan barangan dirampas untuk siasatan”

Zarina

Lebih 355 tan daging kerbau sejuk beku dari India bernilai hampir RM4.3 juta dirampas selepas didapati menggunaka­n logo halal mengeliruk­an.

Rampasan dibuat Jabatan Perkhidmat­an Kuarantin dan Pemeriksaa­n

Malaysia (Maqis) Pulau Pinang selepas melakukan pemeriksaa­n rutin di Terminal Kontena Utara Butterwort­h (NBCT) di sini, pada Isnin lalu hingga jam 12 tengah hari kelmarin.

Pengarah Maqis negeri Zarina Ramli berkata, pihaknya mendapati terdapat 12 kontena membawa daging sejuk beku itu masuk ke pelabuhan, tetapi pemeriksaa­n mendapati ia menggunaka­n logo halal yang tidak diiktiraf pihak berkuasa negara ini.

“Semua 12 kontena itu membawa daging kerbau sejuk beku seberat 335,914 kilogram (kg) dan barangan dirampas untuk siasatan lanjut,” katanya.

Menurutnya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 13, Akta Perkhidmat­an Kuarantin dan Pemeriksaa­n

Malaysia 2011 yang memperuntu­kkan denda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjara selama tempoh tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya sekali.

“Adalah menjadi kesalahan bagi mana-mana orang memberikan maklumat palsu, tidak tepat atau mengeliruk­an dalam pengimport­an keluaran pertanian,” katanya.

 ??  ?? DAGING kerbau sejuk beku yang diletakkan di dalam 12 kontena dirampas di NBCT.
DAGING kerbau sejuk beku yang diletakkan di dalam 12 kontena dirampas di NBCT.
 ??  ?? ANGGOTA penguat kuasa Maqis memeriksa daging kerbau sejuk beku yang dirampas.
ANGGOTA penguat kuasa Maqis memeriksa daging kerbau sejuk beku yang dirampas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia