Harian Metro

Ibu, anak bekerjasam­a edar dadah nak hidup mewah

-

Petaling Jaya: Apa sudah jadi apabila seorang ibu dan anak lelakinya dikesan bekerjasam­a menjadi pengedar dadah di Lembah Klang untuk hidup mewah.

Kegiatan kedua-dua mereka dibongkar apabila wanita berusia 49 tahun dan anaknya berusia 25 tahun ditahan polis dalam serbuan di Jalan Gasing, PJS 10 di sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya melancarka­n operasi terhadap sindiket pengedaran dadah di kawasan itu jam 12.30 tengah hari.

Menurutnya, polis menahan suspek lelaki dan ibunya serta merampas 40 peket plastik disyaki dadah heroin seberat 62 gram bernilai RM1,600.

“Polis turut merampas dua peket plastik disyaki syabu seberat tiga gram bernilai RM300 dan sebuah kereta Hyundai Atos bernilai

RM6,000.

“Semakan mendapati lelaki terbabit memiliki tujuh rekod lampau dadah manakala ibunya memiliki tiga rekod kes dadah,” katanya, semalam.

Nik

Ezanee berkata, hasil tangkapan pertama itu, polis menahan lelaki berusia 22 tahun di kawasan Sungai Way di sini, pada jam 8.30 malam hari sama.

“Pihak polis percaya suspek adalah ahli dalam sindiket pengedaran dadah dan merampas dadah disyaki ganja seberat 2 kilogram bernilai RM7,000 serta kereta Honda Insight bernilai RM32,000,” katanya.

Beliau berkata, ujian saringan air kencing ke atas semua suspek mendapati mereka negatif dadah dan direman seminggu mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Siasatan lanjut masih dijalankan ke atas semua suspek bagi mengesan sindiket lain yang terbabit,” katanya.

Ujian saringan air kencing ke atas kedua-dua suspek mendapati mereka negatif dadah

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia