Harian Metro

Bayi berbaju kartun

Budak lelaki ditinggal atas lantai luar pagar depan rumah

- Oleh Omar Ahmad am@hmetro.com.my

Seorang bayi lelaki yang masih bertali pusat dijumpai ditinggalk­an di depan sebuah rumah di Taman Johor, Skudai, semalam.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupiah Abd Wahid berkata, pihaknya menerima aduan daripada orang awam berhubung kejadian pada jam 7.30 pagi. Beliau berkata, ketika dijumpai, bayi itu diletakkan di atas lantai luar pagar depan rumah dengan hanya beralaskan kain dan kertas. “Ketika dijumpai, bayi yang memakai baju hijau putih bercorak kartun dalam keadaan sihat dengan tali pusat masih mempunyai klip putih.

“Bayi itu kini berada di Hospital Sultanah Aminah (HSA) untuk pemeriksaa­n kesihatan dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk tindakan lanjut.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan bayi lelaki terbabit diminta untuk menghubung­i balai polis terdekat atau IPD

JBU di talian 07-5562222,” katanya.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 317, Kanun Keseksaan.

Bayi pakai baju hijau putih bercorak kartun

 ??  ?? ANGGOTA polis mendukung bayi lelaki yang ditinggalk­an di depan sebuah rumah di Taman Johor, Skudai sebelum dibawa ke HSA untuk pemeriksaa­n kesihatan.
ANGGOTA polis mendukung bayi lelaki yang ditinggalk­an di depan sebuah rumah di Taman Johor, Skudai sebelum dibawa ke HSA untuk pemeriksaa­n kesihatan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia