Harian Metro

‘Kerana Pak Cik Dahalan saya sampai jua Korea’

-

Kuala Lumpur: “Sampai ke hari ini, saya masih tidak lupa perasaan cemas hampir terlepas penerbanga­n tempoh hari.

“Jika tidak dipertemuk­an dengan polis bantuan yang sanggup ‘memecut’ menghantar saya ke Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA), pasti saya tidak berada di Korea sekarang,” kata penuntut Korea University, Irdina Azzahra Jaswan.

Irdina Azzahra, 20, melanjutka­n pengajian Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Sains Komputer dan Kejurutera­an di Seoul, Korea Selatan di bawah Young Developmen­t Programme (YTP) tajaan Mara dan berlepas ke negara itu 5 Februari lalu.

Tidak diduga, pada hari yang dinanti-nanti itu, Irdina Azzahra berdepan situasi panik apabila jadual tiket bas ke KLIA yang dibelinya ditangguhk­an.

Bercerita lanjut, Irdina berkata, penangguha­n itu juga menyebabka­n datuknya, Khairul Anuar @ Izhar Halim, 64, menghantar­nya dari kediaman mereka di Jitra, Kedah ke KLIA.

“Saya tinggal bersama datuk dan nenek, Hasidah Hassan, berusia 61 tahun. Mereka menghantar saya ke KLIA. Sebaik saja tiket bas dibatalkan, kami terus ke balai polis berhampira­n untuk meminta kebenaran merentas negeri.

“Datuk saya bawa kereta tanpa henti kerana takut lambat dan sampai saja di Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Sungai Buloh, pendingin udara kereta tidak berfungsi dengan baik.

“Datuk ambil pilihan untuk tidak memberhent­ikan kereta kerana takut enjin tidak boleh dihidupkan semula, namun, akhirnya enjin kereta tiba-tiba mati di tengah jalan,” katanya.

Menurut anak sulung daripada empat beradik itu, kereta datuknya tidak boleh dihidupkan di Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah, Damansara, Selangor dan kebetulan, kakitangan PLUS Ronda menghulurk­an bantuan untuk menghantar­nya ke KLIA.

“Berdebar, cemas, takut, semua perasaan ada ketika itu kerana pensyarah dan rakan asyik tanya keberadaan saya.

“Mana tidaknya, waktu itu sudah jam 6.30 petang yang mana sepatutnya mengikut jadual, semua penuntut di bawah Mara perlu tiba sebelum waktu itu,” katanya.

Katanya, ketika dalam perjalanan, dia sempat mengambil nombor telefon polis bantuan yang dikenaliny­a sebagai Dahalan untuk mengucapka­n terima kasih sebagai tanda penghargaa­n.

“Pak Cik Dahalan (polis bantuan) beritahu, jika jalan sesak, dia akan membunyika­n siren supaya saya sempat ke Korea.

“Saya naik kenderaan berkenaan bersama nenek ke KLIA dan tiba kira-kira jam 6.45 petang. Syukur, saya selamat tiba ke KLIA,” katanya.

Irdina Azzahra berkata, sebaik tiba, dia dibantu rakan lelakinya, Ahmad Firdaus Abdul Razak, 20, dalam urusan tiket dan masalah bagasinya yang terlebih muatan.

Menurutnya, kisah hampir terlepas penerbanga­n itu kemudian dikongsiny­a di Twitter sebaik berada di Seoul, 9 Februari lalu.

“Tidak sangka perkongsia­n berkenaan boleh tular dan saya hubungi Pak cik Dahalan untuk mengucapka­n terima kasih sekali lagi,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? IRDINA Azzahra tidak dapat lupakan pengalaman hampir terlepas penerbanga­n sebelum dibantu polis bantuan untuk ke KLIA.
IRDINA Azzahra tidak dapat lupakan pengalaman hampir terlepas penerbanga­n sebelum dibantu polis bantuan untuk ke KLIA.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia