Harian Metro

Sogok polis untuk lepaskan isteri

-

Kuantan:

Seorang buruh binaan warga Myanmar dijatuhi hukuman penjara tiga tahun setengah dan denda RM15,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini, semalam selepas mengaku bersalah menyogok anggota polis bagi melepaskan isterinya yang ditahan kerana disyaki mencuri, tahun lalu.

Hakim Datuk Ahmad Zamzani Mohd Zain memerintah­kan hukuman penjara terhadap Zainal Hussein Shuna Ali, 26, bermula dari tarikh ditangkap dan penjara 12 bulan lagi jika pemegang kad Pesuruhanj­aya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHCR) berkenaan gagal menjelaska­n denda.

Zainal Hussein mengaku memberi rasuah RM3,000 dalam bentuk not RM50, RM10, RM5 dan RM1 kepada Sarjan Mohd Shahrul Ashraf Shakir pada 12 tengah hari, 19 Ogos tahun lalu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan di sini.

Dia dituduh mengikut Seksyen 17(b) Akta Suruhanjay­a

Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan dihukum mengikut Seksyen 24 akta sama yang memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda RM10,000 atau lima kali nilai suapan, yang mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Ketika memohon hukuman ringan, Zainal Hussein merayu mahkamah menjatuhka­n hukuman ringan atas alasan hanya berpendapa­tan RM50 sehari sebelum ditangkap pada hari kejadian, selain mengaku sudah insaf dan berjanji tidak akan mengulangi kesalahan itu lagi.

Pada prosiding berasingan, Ahmad Zamzani menjatuhka­n hukuman penjara selama sebulan setengah dan denda RM1,000 terhadap seorang buruh binaan warga Bangladesh, Mohammad Rakibul Hasan, 29, selepas mengaku salah memberi suapan RM200 kepada anggota polis bagi mendapatka­n permit merentas negeri.

 ??  ?? ANGGOTA Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Besut mengeluark­an ular tedung selar dari lubang tempat persembuny­ian di bawah lantai simen bahagian dapur sebuah rumah di Kampung Raja, Besut, kelmarin. Anggota APM terpaksa memecah lantai simen dapur rumah itu sebelum menangkap ular tedung selar sepanjang 3.5 meter itu dan mengambil masa hampir tiga jam bermula jam 1 tengah hari untuk memecah lantai rumah tersebut.
ANGGOTA Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Besut mengeluark­an ular tedung selar dari lubang tempat persembuny­ian di bawah lantai simen bahagian dapur sebuah rumah di Kampung Raja, Besut, kelmarin. Anggota APM terpaksa memecah lantai simen dapur rumah itu sebelum menangkap ular tedung selar sepanjang 3.5 meter itu dan mengambil masa hampir tiga jam bermula jam 1 tengah hari untuk memecah lantai rumah tersebut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia