Harian Metro

‘Tuanku peka nasib anak seni’

- Oleh Syafil Syazwan Jefri syafil.syazwan@hmetro.com.my

“Hasil perbincang­an semalam (kelmarin), mereka meminta kami menyenarai dan menyerahka­n cadangan untuk diteliti Yang di-Pertuan Agong sebelum baginda mengambil tindakan,” kata pelakon veteran, Fauziah Nawi, 68, yang dijemput ke Istana Negara di sini, bersama beberapa penggiat seni bagi memohon kebenaran melakukan penggambar­an, kelmarin.

Fauziah yang mesra dipanggil Ibu ketika dihubungi berkata, dia bersama rakan artis antaranya pelakon,

Anne Abdullah dan penyanyi, Zur Eda mengadakan pertemuan dua jam dengan pegawai istana diketuai Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin.

Katanya, mereka akan menyenarai­kan cadangan sebelum dikemukaka­n kepada pihak Istana Negara dalam masa terdekat ini.

Fauziah menjunjung kasih terhadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di atas keprihatin­an dan kepekaan baginda terhadap keluh-kesah penggiat seni yang terkesan akibat penularan wabak Covid-19 dan pelaksanaa­n Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). “Apabila permintaan saya diperkenan pihak istana, ini menunjukka­n Tuanku prihatin nasib anak seni yang terkesan akibat pandemik ini,” katanya.

Fauziah berkata, dia tidak hanya mewakili pelakon, tetapi semua penggiat seni daripada pelbagai cabang. “Tak mudah sebenarnya kerana apabila anak seni bersuara, orang ramai mula marah dan melemparka­n kecaman seolah-olah kami tiada hak untuk bersuara.

“Kami tak sakit hati dengan sektor lain. Kalau boleh, kami tak mahu minta sumbangan sebab kami faham situasi sekarang. Yang kami minta peluang dan ruang bekerja semula,” katanya.

Fauziah berkata, dia hairan kenapa prosedur operasi standard (SOP) untuk sektor industri kreatif sedia ada sebelum ini tidak terus diguna pakai sedangkan syarikat produksi sentiasa mematuhiny­a.

“SOP sebelum ini pun sebenarnya dipatuhi syarikat produksi yang menjalanka­n penggambar­an secara ketat. Tak ada kluster baharu muncul daripada set penggambar­an. Jadi, kenapa tidak diteruskan saja penggunaan SOP sebelum ini dan ditambah baik mengikut kesesuaian keadaan?” katanya.

Ini menunjukka­n Tuanku prihatin nasib golongan anak seni Fauziah

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia