Harian Metro

Komputer riba murah habis

-

Georgetown:

Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mengesahka­n komputer riba harga rendah sukar diperoleh di Pulau Pinang sejak pelaksanaa­n Pengajaran dan Pembelajar­an Di Rumah (PdPR).

Pengarah KPDNHEP Pulau Pinang, Mohd Ridzuan Ab Ghapar berkata, pihaknya mengesan kekurangan peranti itu di pasaran berikutan permintaan terhadapny­a yang naik mendadak.

Bagaimanap­un, katanya, tidak menerima aduan mengenai harga jualan yang tidak munasabah mahupun kenaikan.

“Menerusi pemantauan dilakukan didapati bekalan peranti berharga RM599 iaitu yang terendah sudah kehabisan dan peranti yang banyak dijual adalah kategori mewah (high-end).

“Daripada pemantauan juga, sebanyak 22 notis mengikut Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan (AKHAP) 2011 dikeluarka­n kepada pemilik premis untuk siasatan lanjut,” katanya.

Kelmarin, Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa kerajaan segera mengawal harga komputer riba dan peranti yang kini dikesan mengalami peningkata­n harga sehingga 25 peratus di pasaran.

Presiden CAP, Mohideen Abdul Kader dilapor berkata, pihaknya menerima laporan peranti mampu milik berjenama yang sebelum ini berharga RM399, kini dijual pada harga RM599 selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanak­an, dengan alasan peniaga kenaikan kerana kekurangan stok.

 ??  ?? JURUJUAL, Syamil Abdul Hadi, 21, melayan pelanggan yang datang di kedainya untuk membeli komputer berikutan pelaksanaa­n PdPR pada tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di kedai komputer di Kota Bharu.
JURUJUAL, Syamil Abdul Hadi, 21, melayan pelanggan yang datang di kedainya untuk membeli komputer berikutan pelaksanaa­n PdPR pada tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di kedai komputer di Kota Bharu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia