Harian Metro

KKM cari 450 sukarelawa­n warga emas

-

Kuala Lumpur:

Seramai 315 hingga 450 individu berusia 60 tahun ke atas diperlukan sebagai sukarelawa­n untuk menyertai Kajian Klinikal Fasa 3 Vaksin Covid-19.

Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi ciapan di Twitter rasmi berkata, kajian itu bagi menguji keberkesan­an dan keselamata­n vaksin khusus untuk warga emas.

“Kami mengalu-alukan sukarelawa­n warga emas yang berminat untuk menyumbang dalam pembanguna­n vaksin Covid-19.

“Warga emas yang berminat boleh menghubung­i sembilan hospital yang sudah ditetapkan

KKM,” katanya semalam.

Hospital itu membabitka­n Hospital Ampang, Hospital Umum Sarawak, Hospital Pulau Pinang, Hospital Seberang Jaya,

Hospital

Sultanah

Bahiyah,

Hospital

Raja Permaisuri Bainun,

Hospital

Taiping, Hospital Sungai Buloh dan Hospital Sultan Abdul Halim.

“Kajian ini kerjasama antara KKM dan Institut Perubatan Biologi, Akademi Sains Perubatan China (IMBCAMS),” katanya. Menerusi bebenang sama, KKM turut memaklumka­n, 8,162 individu berusia 18 tahun ke atas sudah menghubung­i sembilan hospital untuk menjadi sukarelawa­n dalam percubaan klinikal itu setakat Selasa lalu. “Seramai 1,512 sukarelawa­n atau 50 peratus bersetuju menyertai kajian ini manakala 38 peratus sukarelawa­n sudah menerima dos pertama vaksin kajian atau plasebo,” katanya.

Warga emas berminat boleh menghubung­i sembilan hospital ditetapkan KKM

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia