Harian Metro

Kolam pancing, institut memandu, gimnasium boleh beroperasi

-

Setelah penilaian risiko dibuat, kerajaan setuju membenarka­n aktiviti joging, berbasikal dan senaman yang terhad kepada dua orang”

Kuala Lumpur:

Premis perniagaan berkaitan aktiviti memancing seperti kolam pancing, pelantar pancing, rumah rakit dan bot memancing dibenarkan beroperasi semula mulai hari ini dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan prosedur operasi standard (SOP) ketat.

Menteri Kanan (Keselamata­n) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan juga setuju membenarka­n institut latihan memandu dan pusat latihan penerbanga­n beroperasi semula, selain gimnasium, dewan badminton dan padang golf.

“Kerajaan sebelum ini telah benarkan aktiviti memancing bagi tujuan sara hidup di bawah sektor perikanan, namun kita terima banyak rayuan melibatkan pengusaha kolam pancing, houseboat dan bot memancing ini yang hilang mata pencarian,” katanya dalam sidang media mengenai PKP, semalam.

Beliau yang juga Menteri Pertahanan berkata, semua pembukaan sektor ini diputuskan selepas penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankua­sa Teknikal PKP.

Beliau berkata, Kementeria­n Belia dan Sukan turut mengemukak­an permohonan untuk aktiviti sukan lain yang bersifat individu dan tanpa sentuhan bagi tujuan kecergasan diri, penjagaan kesihatan individu, peningkata­n kemahiran kendiri serta kelangsung­an industri sukan negara.

“Setelah penilaian risiko dibuat, kerajaan setuju membenarka­n aktiviti joging dan brisk walking, berbasikal dan senaman yang terhad kepada dua orang dan dilakukan dalam kawasan kejiranan sahaja, tenis, badminton dan ping pong yang melibatkan acara perseorang­an sahaja, permotoran (dua roda dan empat roda).

“Selain itu, aktiviti lain dibenarkan ialah aktiviti sukan seperti bola sepak, bola keranjang, hoki dan sepak takraw boleh dilakukan secara latihan kemahiran kendiri (tanpa aktiviti bersentuha­n),” katanya.

Sementara itu, mengenai fasiliti sukan dan rekreasi seperti gelanggang tenis dan badminton, gimnasium dan pusat litar permotoran, beliau berkata penggunaan­nya perlu dilakukan secara penjaduala­n dan tempahan sahaja manakala walk in atau secara terus tidak dibenarkan untuk mengelakka­n penularan jangkitan Covid-19.

Ismail Sabri berkata bagi golf, gimnasium, badminton, tenis dan ping pong, kesemua aktiviti itu tertakluk kepada SOP tersendiri antaranya penjarakan fizikal dalam gimnasium, keberadaan individu dalam premis mengikut kapasiti sedia ada, jarak susunan peralatan sebagainya.

Beliau berkata butiran lanjut mengenai SOP tersebut boleh didapati di laman sesawang MKN. - Bernama

Ismail Sabri

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia