Harian Metro

19 premis jual peranti terima notis

-

Melaka: Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Melaka mengeluark­an 19 notis pengesahan harga jualan serta kos kepada 19 premis menjual peranti elektronik seperti komputer riba, telefon bimbit dan tablet dalam tempoh 25 Januari lalu hingga kelmarin.

Pengarahny­a, Norena Jaafar berkata, notis dikeluarka­n di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan (AKHAP) 2011 kerana peniaga terbabit disyaki menaikkan harga jualan peranti elektronik yang kini mendapat permintaan tinggi ekoran pelaksanaa­n Pengajaran dan Pembelajar­an Di Rumah (PdPR).

“Walaupun secara keseluruha­n harga barangan elektronik didakwa meningkat di seluruh negara khususnya di ibu kota tetapi di Melaka harga masih dalam kawalan kerana anggota dan pegawai KPDNHEP sentiasa melaksanak­an pemantauan secara berkala.

“Setakat ini, 19 premis jualan barangan elektronik di sekitar negeri ini khususnya di daerah Melaka Tengah akan dipantau kerap kerana disyaki sengaja menaikkan harga sesuka hati untuk mengaut keuntungan,” katanya selepas Walkabout Pelaksanaa­n Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Tahun Baharu Cina 2021 di sebuah pasar raya di Peringgit di sini, semalam.

Beliau berkata, peniaga terbabit perlu memberi maklumat terperinci tentang harga jualan dan harga kos peranti elektronik dijual untuk tujuan analisis dan tindakan lanjut akan diambil sekiranya mereka dikesan sengaja menaikkan harga jualan.

Katanya, peniaga yang disabitkan kesalahan boleh didenda hingga RM100,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya manakala bagi syarikat atau pertubuhan perbadanan boleh didenda hingga RM500,000 mengikut AKHAP 2011.

 ??  ?? NORENA (kiri) melakukan pemeriksaa­n stok minyak masak di sebuah pasar raya di Peringgit, semalam.
NORENA (kiri) melakukan pemeriksaa­n stok minyak masak di sebuah pasar raya di Peringgit, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia