Harian Metro

Laptop bawah RM2k habis

Premis jual komputer riba kesusutan stok susulan PdPR

-

Kebanyakan komputer riba terutama berharga RM2,000 ke bawah habis dijual di daerah ini susulan pelaksanaa­n Pengajaran dan Pembelajar­an Di Rumah (PdPR) sejak beberapa minggu lalu.

Tinjauan di sebuah kompleks yang juga lubuk penjualan alat peranti di Perak seperti telefon bimbit, komputer dan aksesori mendapati stok komputer riba di kebanyakan kedai di kompleks semakin berkurang.

Menurut seorang peniaga, Chai Wai Kean, 25, premisnya kehabisan stok komputer riba jenis murah kerana lebih 100 unit terjual sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) terutama ketika pelaksanaa­n PdPR.

“Ramai ibu bapa datang ke sini mencari komputer riba bagi anak mereka menjalani sesi persekolah­an secara dalam talian di rumah dan kini tiada lagi stok boleh didapati di kedai ini kerana yang tinggal hanya yang berharga RM3,000 ke atas.

“Namun kami masih ada set komputer meja (desktop) berharga RM1,500 namun kebanyakan ibu bapa enggan membelinya kerana lebih memilih komputer riba untuk anak-anak mereka guna secara berkongsi,” katanya.

Chai berkata, sebelum ini pihaknya hanya menambah stok komputer riba yang murah antara 10 hingga 20 unit dua kali sebulan, tetapi kini sukar mendapatka­n bekalan kerana pembekal dan penghantar­an dari luar negara agak terjejas akibat penularan wabak Covid-19.

Sementara itu, seorang pekerja di premis lain dalam kompleks sama yang hanya ingin dikenali sebagai Chong, 37, berkata, ramai ibu bapa menolak apabila dicadangka­n membeli komputer meja yang lebih murah kerana mereka tetap memilih komputer riba kerana dilengkapi kamera bagi tujuan PdPR.

Beliau berkata, pihaknya menjangka harga peranti bakal meningkat susulan permintaan tinggi dan kesukaran mendapatka­n bekalan ketika

Kini tiada lagi stok boleh didapati di kedai ini kerana yang tinggal hanya yang berharga RM3,000 ke atas”

Chai

ini, manakala stok baharu dijangka hanya tiba selepas Tahun Baru Cina nanti.

Seorang peniaga produk Muslim yang tinggal di Tambun, Abu Muizzuddin berkata, beliau datang ke kompleks itu mencari komputer riba bagi kegunaan anaknya mengikuti PdPR pada Selasa lalu namun kehabisan stok.

Beliau berkata, empat anaknya di sekolah rendah dan menengah termasuk seorang calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) terpaksa berkongsi komputer riba lama dibelinya beberapa tahun lalu.

“Selain anak, isteri saya seorang guru juga berkongsi komputer riba sama untuk tujuan PdPR. Puas saya cari di kompleks ini, yang tinggal hanya satu unit, tetapi harganya terlalu mahal,” keluhnya. - Bernama

 ??  ?? PELANGGAN melihat komputer riba yang dijual di sebuah pusat beli-belah di ibu kota, semalam.
PELANGGAN melihat komputer riba yang dijual di sebuah pusat beli-belah di ibu kota, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia