Harian Metro

19 anak yatim cemerlang terima komputer riba

-

Shah Alam:

Seramai 19 anak yatim cemerlang dalam pelajaran menerima sumbangan komputer riba dari Majlis Agama Islam Selangor (Mais).

Setiausaha Mais, Dr Ahmad Shahir Makhtar dalam kenyataan memaklumka­n, Mais memperuntu­kkan RM38,000 untuk pembelian komputer riba berkenaan.

Katanya, tujuh rumah anak yatim terpilih terutama anak yatim yang cemerlang dalam pelajaran di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan institusi pengajian tinggi swasta (IPTS).

“Mais berharap bantuan disalurkan ini mampu menyuntik motivasi kepada anak yatim yang cemerlang supaya berusaha lebih gigih dalam pelajaran.

“Sumbangan diberi menggunaka­n peruntukan Baitulmal Mais diserahkan melalui Yayasan Islam Darul Ehsan (Yide), anak syarikat Mais selaku agensi yang mengawal selia rumah anak yatim di Selangor.

“Ia bertujuan untuk membantu para pelajar atau anak yatim supaya dapat mengadapta­si norma baharu sesi pengajian di dalam talian dan pengajaran di luar kampus,” katanya.

Antara rumah anak yatim yang terpilih menerima bantuan berkenaan adalah Rumah Kasih Harmoni, Paya Jaras; Rumah Bakti Dato’ Haron,

Ampang dan Rumah Rukayyah, Kajang.

Sementara itu, Pengetua Rumah Kasih Harmoni Jamaluddin Wahab mengucapka­n ribuan terima kasih kepada Mais atas inisiatif agensi itu menyumbang­kan komputer riba kepada rumah anak yatim di bawah seliaannya.

“Terima kasih kepada pihak Mais, Yide atas sumbangan komputer riba kepada anak yatim yang mengikuti pengajian di IPTA dan IPTS.

“Semoga pemberian ini dimanfaatk­an pelajar sepenuhnya untuk berjaya di masa akan datang,” katanya.

 ??  ?? DR Ahmad Shahir (dua dari kanan) bersama Pengurus Operasi Yide, Md Ariffin Jaafar menunjukka­n replika cek sumbangan.
DR Ahmad Shahir (dua dari kanan) bersama Pengurus Operasi Yide, Md Ariffin Jaafar menunjukka­n replika cek sumbangan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia