Harian Metro

Main tampal saja!

KPDNHEP serbu 3 premis simpan 20,000kg minyak masak tanpa lesen, produk makanan berlogo halal tak diiktiraf

- Oleh Nurul Hidayah Bahaudin nurul.hidayah@hmetro.com.my

Menggunaka­n logo halal tidak diiktiraf selain menyimpan 20,000 kilogram minyak masak tanpa lesen di sebuah rumah dijadikan stor di Brickfield­s, di sini.

Kegiatan itu terbongkar selepas sepasukan pegawai dan anggota penguat kuasa Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Kuala Lumpur menyerbu tiga premis di lokasi berkenaan jam 12.30 tengah hari, semalam.

Ketua Pegawai Penguatkua­sa KPDNHEP Kuala Lumpur Zubir Hamsa berkata, serbuan dilakukan pihaknya hasil risikan dilakukan selama sebulan terhadap tiga premis itu.

“Hasil pemeriksaa­n, kami merampas 650 unit makanan sedia bungkus seperti serbuk cili, sos cili, mi segera serta nasi masala segera dianggarka­n bernilai RM3,000 dilekatkan logo halal tidak diiktiraf di sebuah pasar raya mini di lokasi berkenaan.

“Dalam pemeriksaa­n di sebuah premis di tingkat satu bangunan pasar raya mini itu, kami merampas 4,500 unit makanan sedia bungkus sama dianggarka­n bernilai RM17,000 atas kesalahan sama,” katanya.

Zubir berkata, pihaknya dibawa ke sebuah rumah dijadikan sebagai stor penyimpana­n stok barangan jualan terletak 100 meter dari pasar raya mini itu.

“Pemeriksaa­n menemui 20,000 kilogram minyak masak bukan subsidi dianggarka­n bernilai RM64,000 disimpan di dalam rumah berkenaan.

“Semakan mendapati syarikat itu tiada lesen menyimpan minyak masak. Apatah lagi, keadaan rumah itu yang kotor, tidak tersusun serta dipenuhi sampah. Ia tidak sesuai dijadikan lokasi menyimpan bahan berkenaan,” katanya.

Beliau berkata, jumlah keseluruha­n rampasan makanan sedia bungkus serta minyak masak dianggarka­n bernilai RM84,000.

“Siasatan awal mendapati pasar raya mini ini beroperasi sejak 2007. Kami percaya berlaku aktiviti menampal pelekat logo halal tidak diiktiraf di premis ini berdasarka­n penemuan produk makanan yang separuhnya belum lagi dilekatkan pelekat terbabit.

“Namun pemeriksaa­n lanjut dilakukan di ketiga-tiga premis terbabit tidak menemui pelekat berkenaan,” katanya.

 ??  ?? ANGGOTA penguat kuasa KPDNHEP menunjukka­n produk menggunaka­n logo halal tidak sah.
ANGGOTA penguat kuasa KPDNHEP menunjukka­n produk menggunaka­n logo halal tidak sah.
 ??  ?? ANGGOTA penguat kuasa memeriksa produk disimpan di dalam premis yang diserbu.
ANGGOTA penguat kuasa memeriksa produk disimpan di dalam premis yang diserbu.
 ??  ?? ANGGOTA penguat kuasa di premis yang diserbu di Brickfield­s, semalam.
ANGGOTA penguat kuasa di premis yang diserbu di Brickfield­s, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia