Harian Metro

Dua rompak wanita kena jel 10 tahun

-

Dua lelaki masing-masing dijatuhi hukuman penjara 10 tahun dan lima sebatan di Mahkamah Sesyen, di sini, semalam, selepas didapati bersalah melakukan rompakan berkumpula­n ke atas seorang wanita.

Hakim Awang Kerisnada Awang Mahmud membuat keputusan itu selepas Ibnu Ameer Jun dan Sabri Hasan yang masing-masing berumur 25 tahun membuat pengakuan bersalah selepas pertuduhan mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan dibaca ke atas mereka.

Kedua-kedua tertuduh didakwa melakukan rompakan berkumpula­n dengan seorang lagi rakan yang masih bebas terhadap harta milik Fong Yun Kong, 57, membabitka­n satu telefon bimbit jenama Vivo dan tablet jenama Samsung.

Ketika melakukan rompakan, tertuduh mengacukan pisau ke leher mangsa yang sedang makan di hadapan sebuah premis yang tidak beroperasi di Pusat Komersial Bazhong pada jam 3.30 petang, 1 Februari lalu.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 397 kanun sama yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebat.

Awang Kerisnada kemudian menetapkan kedua-dua tertuduh dipenjara bermula dari tarikh sabitan semalam selain memerintah­kan Sabri yang juga warga asing dirujuk ke Jabatan Imigresen sebaik selesai menjalani hukuman.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia