Harian Metro

Dedah hasil ujian sampel air di Sungai Perai

-

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa Jabatan Perikanan Pulau Pinang dan Jabatan Alam Sekitar (Jas) untuk mendedahka­n segera hasil ujian sampel air dan ikan yang mati di Sungai Perai, Selasa lepas.

Presidenny­a Mohideen Abdul Kader (gambar) berkata, langkah tersebut perlu dilakukan kerana kejadian tersebut amat serius dan menimbulka­n kebimbanga­n orang ramai setelah ribuan ikan menjadi mangsa pencemaran sungai.

‘CAP kesal dengan kejadian tersebut dan menggesa Jabatan Perikanan Pulau Pinang dan JAS supaya menyiasat serta mengenal pasti punca sebenar masalah itu serta mendedahka­n hasil ujian sampel air dan ikan yang mati di Sungai Perai, pada 9 Februari lepas.

“Malah, CAP sebelum ini menerima banyak rungutan dari orang ramai bahawa terdapat kilang industri yang membuang sisa selepas waktu pejabat bagi mengelak dikesan dan diambil tindakan undang-undang oleh pihak berkuasa,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Katanya, CAP percaya jika masalah pencemaran sungai tersebut berlarutan ia bukan sahaja boleh menyebabka­n ikan di dalam sungai tersebut pupus dan menjejaska­n sumber pendapatan nelayan tempatan tetapi juga akan merebak ke laut berhampira­n serta mengancam pembiakan kerang di kawasan itu.

“CAP tidak mahu nasib Sungai Perai menjadi seperti Sungai Juru kerana ikan, udang dan kerang di situ

mati akibat diancam pencemaran sisa toksik dari kawasan perindustr­ian berhampira­n,” katanya.

Mohideen berkata, CAP turut memohon Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) untuk melakukan pemantauan secara menyeluruh bagi memastikan kilang-kilang industri yang terdapat di sepanjang Sungai Perai supaya mematuhi segala peraturan yang termaktub di bawah undang-undang sedia ada.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia