Harian Metro

Kasihan Hitam ditinggal tuan

-

Kuala Lumpur:

Sejak sebulan ditinggalk­an pemiliknya, seekor kucing kini menumpang kasih dengan tiga pemuda yang menetap di Taman Desa Kenangan,Kuala Nerang Kedah.

Kisah kucing diberi nama Hitam itu mendapat perhatian warganet selepas pemuda berkenaan, Mohamad Hazrin Muhamad Izham, 26, berkongsi video di TikTok.

Menerusi kapsyen rakaman video berdurasi 31 saat itu, Mohamad Hazrin meluahkan rasa kasihan kepada Hitam kerana ditinggalk­an pemiliknya sejak sebulan lalu kerana sudah berpindah.

Bercerita lanjut, Mohamad Hazrin yang bekerja sebagai pembaca jangka berkata, dia tahu kewujudan Hitam sejak menyewa di rumah berkenaan bersama dua lagi rakan pada 2019.

“Sebelum ini, saya dan rakan serumah melihat Hitam berkeliara­n di halaman rumah ketika pemiliknya iaitu jiran kami masih ada.

“Namun, jiran kami sudah berpindah bulan lalu jadi sejak itu, Hitam terbiar tanpa pemilik.

“Keadaan itu membuatkan kami simpati dengan nasibnya dan mengambil keputusan memelihara­nya,” katanya.

Menurut Mohamad Hazrin, niatnya memuat naik video Hitam sekadar menceritak­an perihal haiwan berkenaan dengan pengikut di TikTok.

“Tak sangka pula video itu meraih tontonan yang banyak, tetapi ia mungkin kerana ramai pencinta kucing simpati dengan nasibnya.

“Setakat ini, tiada lagi yang menyatakan minat untuk memelihara Hitam, tetapi ramai yang mahu menyumbang wang bagi membeli keperluann­ya.

“Jika ada yang berminat sekali pun, saya dan rakan serumah tidak bercadang melepaskan­nya kerana kami sayangkann­ya dan pasti sunyi jika Hitam tiada,” katanya.

Saya dan rakan serumah tidak bercadang melepaskan­nya kerana kami sayangkann­ya”

Mohamad Hazrin

 ??  ?? MOHAMAD Hazrin membela Hitam selepas ditinggalk­an pemiliknya yang berpindah.
MOHAMAD Hazrin membela Hitam selepas ditinggalk­an pemiliknya yang berpindah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia