Harian Metro

Takut bertukar kasih

Lelaki beri makan kepada anjing, kucing sebagai rutin sejak PKP

- Oleh Redzuan Muharam redzuan.muharam@hmetro.com.my

“Saya jadikan aktiviti rutin beri makan kepada kucing dan anjing atas rasa tanggungja­wab memandangk­an haiwan itu juga makhluk Allah yang perlu dibantu,” kata pencari dan penjual barangan kitar semula, Khairul Anua.

Khairul Anua, 44, memberi reaksi itu ketika diminta berkongsi kisahnya yang sering memberi makanan kepada haiwan jalanan terutama anjing dan kucing.

Menurut Khairul, aktiviti itu semakin aktif dilakukan sejak awal pelaksanaa­n Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tahun lalu.

Katanya, keinginan memberi makan itu tercetus selepas melihat seekor anjing menyelongk­ar tong sampah

berhampira­n pasar raya di Kota Bharu, Kelantan.

“Ketika itu, saya lihat anjing itu berkeliara­n di tempat pembuangan sampah dan dapat rasakan anjing itu lapar.

“Kebetulan, banyak kedai makan tutup jadi saya beli makanan untuknya.

“Itu kali pertama saya mendekati anjing dan jujurnya memang takut kerana ada pengalaman dikejar, tetapi kerana rasa kasihan saya ketepikann­ya dan tidak sanggup melihatnya kelaparan,” katanya.

Sejak itu, Khairul meneruskan rutin memberi makan kepada anjing dan kucing jalanan.

Menurut Khairul, agihan makanan untuk kucing jalanan dilakukan jam 7.30 pagi hingga 8 pagi setiap tiga hari sekali di Pantai Cahaya Bulan, Kota Bharu, Kelantan.

Katanya, bekas isian semula disediakan bagi memudahkan orang ramai berada di kawasan berkenaan membantu menyumbang makanan.

“Manakala, agihan makanan untuk anjing dilakukan jam 5 petang setiap dua hari sekali di tempat lama iaitu pasar raya dekat Kota Bharu.

“Alhamdulil­lah, rezeki untuk anjing tidak pernah putus kerana ramai yang memberi sumbangan, tetapi untuk kucing sukar hingga saya terpaksa meminta sumbangan orang ramai menerusi Facebook (Fb)," katanya.

Khairul menyifatka­n rutin itu sebagai terapi mendekatka­n lagi dirinya dengan haiwan berkenaan. Khairul berkata, dia tidak dicederaka­n anjing kerana haiwan berkenaan mengenalin­ya kerana kebanyakan­nya diberi makan sejak kecil.

“Setakat ini, anjing tidak pernah gigit saya, sebaliknya haiwan itu segera berlari ke arah saya sebaik mendengar bunyi enjin motosikal.

“Kadangkala, sedih apabila tidak dapat bertemu dan beri makan terutama pada musim hujan, tetapi saya percaya Allah membantu.

“Terima kasih kepada semua yang membantu selama ini walaupun tidak mengenali saya. Bagi yang berminat melakukan rutin sama, terus mulakan di kawasan perumahan atau pasar berhampira­n.

“Cuma, niat kena betul iaitu jangan buat untuk menunjuk atau mengharapk­an balasan sebaliknya buat kerana rasa ihsan terhadap sesama makhluk,” katanya.

Orang ramai berhasrat membantu boleh menghubung­inya di talian 018-905 1519.

Niat kena betul iaitu jangan buat untuk menunjuk atau harapkan balasan Khairul Anua

 ??  ?? KHAIRUL memberi makanan kepada anjing jalanan yang ditemuinya.
KHAIRUL memberi makanan kepada anjing jalanan yang ditemuinya.
 ??  ?? BEKAS makanan kucing isian semula disediakan bagi memudahkan orang awam menyumbang.
BEKAS makanan kucing isian semula disediakan bagi memudahkan orang awam menyumbang.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia