Harian Metro

Tiada aktiviti kuari

Semua 18 lokasi Geopark dipelihara untuk tarikan pelancong

- Oleh Balqis Jazimah Zahari am@hmetro.com.my

Semua 18 lokasi yang dimasyhurk­an sebagai geopark di negeri ini tidak terbabit dengan sebarang aktiviti pengkuaria­n, kata Pengerusi Jawatankua­sa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Pelanconga­n negeri, Datuk Nolee Ashilin Mohamed Radzi.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan beberapa pihak dan media yang membangkit­kan isu aktiviti pengkuaria­n di 30 lokasi gua batu kapur di Lembah Kinta.

“Bagaimanap­un, 30 lokasi gua batu kapur itu tidak disenaraik­an sebagai geotapak bagi Geopark Lembah Kinta.

“Semua 18 lokasi geopark dinyatakan tidak terbabit dengan aktiviti pengkuaria­n seperti dinyatakan dan akan terus dipelihara selagi ia menjadi tarikan pelancong,” katanya pada sidang media secara maya, kelmarin.

Turut hadir, Pengarah Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) Perak, Datuk Ahmad Zukni Ahmad Khalil.

Nolee Ashilin berkata, aspek keselamata­n menjadi satu daripada elemen yang dititikber­atkan kerajaan negeri supaya pelancong berasa selamat apabila berkunjung ke lokasi geotapak berkenaan.

Beliau berkata, seperti yang dijelaskan pada kenyataan media Menteri Besar, Datuk Saarani Mohamad, kerajaan negeri menitikber­atkan aspek pemulihan kuari yang mana kerajaan menggubal Dasar Mineral Negeri Perak dengan menumpukan elemen pemulihan.

Menurut beliau, pelan ini akan memastikan, walaupun sektor berkenaan diteruskan, tetapi ia tetap dipelihara dan dipulihara supaya mampu menyumbang kepada sektor pelanconga­n juga.

“Geopark Lembah Kinta sangat berbeza dengan lokasi geopark lain. Geopark Lembah Kinta terletak di tengah bandar raya yang membangun.

“Tidak seperti geopark lain yang terletak di kawasan alam semula jadi yang jauh dari zon pembanguna­n. Ia merupakan cabaran kepada kerajaan negeri untuk memelihara produk berteraska­n alam semula jadi ini di tengah bandar yang mempunyai kepelbagai­an dari segi aktiviti ekonomi,” katanya.

Beliau berkata, pembanguna­n yang dilaksanak­an juga sangat minimal seperti pemasangan papan tanda tunjuk arah, mercu tanda dan papan tanda informasi di lokasi geopark. “Selain itu, pembanguna­n yang akan dirancang dilaksanak­an dengan sebaik mungkin bagi mengelak kan pencemaran pemandanga­n di lokasi geotapak kesan daripada pembanguna­n yang ekstrim,” katanya.

Dalam pada itu, menurutnya, pemasyhura­n Geopark Lembah Kinta pada Oktober 2018 membuka ruang kepada Perak menambah nilai produk pelanconga­n sedia ada bagi menarik kehadiran pelancong.

“Geopark Lembah Kinta ini satu produk pelanconga­n yang unik dan baharu. Ia membabitka­n keluasan 1.952 hektar merangkumi Kinta dan Kampar.

“Daripada keluasan berkenaan, 18 lokasi geotapak sudah diiktiraf Jabatan Mineral dan Geosains (JMG),” katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, kerajaan negeri mempertang­gungjawabk­an Perbadanan Taman Negeri Perak (PTNPk) sebagai penyelaras bagi tujuan pelaksanaa­n dan pemantauan program Geopark Lembah Kinta.

18 lokasi geotapak sudah diiktiraf Jabatan Mineral dan Geosains

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia