Harian Metro

Cuba seleweng 615 liter diesel subsidi

-

Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Terengganu menggagalk­an cubaan menyelewen­g diesel subsidi dengan merampas 615 liter bahan bakar yang bernilai RM1,297.65 di sebuah stesen minyak di daerah ini, kelmarin.

Serbuan jam 1.40 petang dilakukan KPDNHEP Cawangan Dungun susulan aduan diterima daripada orang awam berkaitan aktiviti penyelewen­gan diesel di stesen minyak berkenaan.

Pengarah KPDNHEP Terengganu, Saharuddin Mohd Kia berkata, pihaknya menahan seorang lelaki tempatan berusia 40-an yang sedang mengisi diesel ke dalam tong diletakkan di belakang sebuah kenderaan pacuan empat roda.

Menurutnya, lelaki terbabit gagal mengemukak­an dokumen kebenaran Pengawal Bekalan bagi membeli barangan bersubsidi berkenaan ketika disoal siasat.

“Kami menahan lelaki terbabit dan merampas 615 liter diesel, tiga tong serta kenderaan pacuan empat roda dengan rampasan keseluruha­n RM72,047.65,” katanya.

 ??  ?? PEGAWAI KPDNHEP Terengganu memeriksa diesel bersubsidi yang cuba diseleweng di sebuah stesen minyak di Dungun.
PEGAWAI KPDNHEP Terengganu memeriksa diesel bersubsidi yang cuba diseleweng di sebuah stesen minyak di Dungun.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia