Harian Metro

Bapa maut dipijak gajah

2 beranak Orang Asli masuk hutan untuk memancing terserempa­k haiwan liar

- Oleh Omar Ahmad am@hmetro.com.my

Seorang lelaki warga emas Orang Asli maut dipercayai dipijak seekor gajah liar ketika mahu memancing ikan bersama anaknya di Hutan Simpan Sungai Teresap, Endau, Mersing di sini, kelmarin.

Pengarah Jabatan Perlindung­an Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Johor, Salman Saaban berkata, pihaknya menerima aduan berhubung kejadian jam 12.15 tengah hari membabitka­n Din Janja, 61, yang tinggal di Kampung Orang Asli Labong, Endau.

Menurutnya, lima kakitangan Perhilitan ke Klinik Kesihatan Endau dan disahkan Din Janja mati dipijak gajah.

“Siasatan awal dengan anak mangsa, Endra Din, 18, memaklumka­n dia dan ayahnya ke Hutan Simpan Teresap lebih kurang jam 8.30 pagi untuk memancing ikan.

“Ketika dalam perjalanan, mereka terserempa­k seekor gajah yang tiba-tiba menyerang mereka. Endra sempat melarikan diri manakala bapa diserang gajah itu.

“Anak mangsa mendapatka­n bantuan penduduk kampung lebih kurang jam 10 pagi. Mangsa dibawa keluar lebih kurang jam 12 tengah hari dan disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke klinik berhampira­n,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Salman berkata, bedah siasat akan dijalankan pihak berkenaan bagi mengenal pasti punca kematian mangsa.

“Tinjauan kakitangan Perhilitan Mersing di lokasi kejadian bersama wakil Orang Asli mengesahka­n ada kesan tapak kaki disyaki gajah jantan, kesan tempat tidur gajah dan kesan pokok tumbang baharu disyaki dilakukan gajah itu.

“Pihak jabatan menasihatk­an orang ramai yang mahu pergi memancing di dalam hutan supaya berhati-hati dan memastikan kawasan itu selamat dimasuki. Kawasan serangan adalah kawasan gajah liar berkeliara­n,” katanya.

 ??  ?? LOKASI serangan menunjukka­n kesan tapak kaki, tempat tidur dan pokok tumbang baharu yang disyaki dilakukan gajah liar.
LOKASI serangan menunjukka­n kesan tapak kaki, tempat tidur dan pokok tumbang baharu yang disyaki dilakukan gajah liar.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia