Harian Metro

‘Ini rezeki tiga anak, suami’

Wanita bersyukur menjadi penerima sumbangan Bantuan Metro Prihatin sebanyak RM5,000

- Oleh Noor Hidayah Tanzizi am@hmetro.com.my

Saya menerima sumbangan ini pada Disember lalu dan ia sangat membantu untuk saya membeli susu khas dua anak yang sebelum ini pernah bertukar susu yang lebih murah kerana kami kekurangan wang”

Saizana

“Saya seperti tidak percaya mendapat jumlah (bantuan) sebanyak ini. Saya menganggap ini rezeki tiga anak dan suami dalam situasi getir ketika ini,” kata Saizana Ermah, 34.

Dia seorang daripada penerima Bantuan Metro Prihatin oleh Harian Metro (HM) yang memperoleh sumbangan RM5,000.

Menurut Saizana, dia sangat bersyukur dengan bantuan itu dan berterima kasih kepada penyumbang yang membantuny­a.

Kisahnya yang cekal menjaga dan menguruska­n tiga anak istimewa termasuk anak sulung yang juga orang kurang upaya (OKU) Kelewatan Perkembang­an (GDD), Muhammad Emariz Adam, 9, pernah disiarkan HM sebelum ini.

Dua lagi anaknya, Aaira Syifaa, 4, dan Muhammad Afnan, 3, mempunyai masalah tiroid dalam darah, selain perkembang­an dan tumbesaran mereka turut terganggu.

Saizana turut diuji lagi apabila suami, Muhamad Zan Mat Zain, 34, yang selama ini mencari rezeki untuk keluarga mereka, terlantar selepas diserang angin ahmar sejak April tahun lalu.

Wanita itu berkata, bantuan berkenaan akan digunakan untuk membeli barang keperluan, terutama lampin pakai buang dan susu untuk suami dan tiga anaknya.

“Saya menerima sumbangan ini pada Disember lalu dan ia sangat membantu untuk saya membeli susu khas dua anak yang sebelum ini pernah bertukar susu yang lebih murah kerana kami kekurangan wang,” katanya ditemui di rumah bapa mentuanya di Kampung Rungkup Kecil di sini, semalam.

Katanya, dia yang berniaga atas talian terpaksa berjimat cermat supaya keperluan suami dan anak tidak terputus berikutan pandemik Covid-19 ketika ini yang menjejaska­n peniaga kecil sepertinya.

“Tiada apa yang saya harapkan selain suami kembali sembuh seperti dahulu dan tiga anak kami terus sihat walaupun sehingga kini mereka masih belum boleh bercakap serta berjalan.

“Suami menunjukka­n perubahan dan sudah tidak memakai tiub selain sudah boleh makan nasi sejak Disember lalu, malah dia juga sudah boleh bercakap dengan baik sedikit,” katanya.

 ??  ?? SAIZANA bersama tiga anaknya di rumahnya di Kampung Rungkup, Bagan Datuk.
SAIZANA menguruska­n suami yang terlantar akibat angin ahmar.
SAIZANA bersama tiga anaknya di rumahnya di Kampung Rungkup, Bagan Datuk. SAIZANA menguruska­n suami yang terlantar akibat angin ahmar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia