Harian Metro

Tiada nama Jho Low

- Bernama

Mahkamah Tinggi di sini, semalam diberitahu yang nama ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low tidak ditemui pada minit mesyuarat Kabinet ketika pentadbira­n Datuk Seri Najib Tun Razak.

Bekas Timbalan Ketua Setiausaha (Kabinet) Tan Sri Mazidah Abdul Majid menyatakan perkara itu ketika sesi pemeriksaa­n utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Akram Gharib dalam kes perbicaraa­n 1MDB bekas Perdana Menteri itu.

Terdahulu saksi pendakwaan ke-11 itu diminta untuk menyemak minit mesyuarat untuk melihat sama ada nama Jho Low pernah disebut dalam minit mesyuarat berkenaan.

Ahmad Akram: Berdasarka­n kepada kesemua dokumen yang ada, adakah Low Taek Jho, yang lebih dikenali sebagai Jho Low pernah disebut dalam dokumen ini?

Mazidah: Tidak.

Ahmad Akram: Adakah Najib pernah sebut kepada Kabinet yang Jho Low membantu untuk mendapatka­n sumbangan daripada seorang putera Saudi kepada Yayasan 1Malaysia Developmen­t Berhad (1MDB)?

Mazidah: Saya tidak ingat, tetapi jika Najib ada sebut nama Jho

Low, ia tentunya akan ada di dalam minit mesyuarat. Bagaimanap­un nama Jho Low tidak ada dalam minit mesyuarat.

Sementara itu ketika sesi soal balas oleh Peguambela Najib Tan

Sri Muhammad Shafee Abdullah, saksi berusia 72 tahun itu berkata, beliau hanya mendengar nama Jho

Low apabila isu 1MDB timbul.

Muhammad Shafee: Anda pernah dengar nama Jho Low sebelum ini?

Mazidah: Ia satu nama sebutan ramai.

Najib, 67, menghadapi empat pertuduhan menggunaka­n kedudukann­ya untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram pada jumlah wang yang sama.

Perbicaraa­n di hadapan Hakim Collin Lawrence Sequerah bersambung Isnin hadapan.

 ??  ?? NAJIB
NAJIB
 ??  ?? MAZIDAH
MAZIDAH

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia