Harian Metro

Jenayah di pintu sempadan menurun

-

Kawalan ketat di seluruh negara dan pintu sempadan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menyaksika­n aktiviti pemerdagan­gan manusia dan penyeludup­an migran menurun.

Ketua Penolong Pengarah Anti Pemerdagan­gan Orang/Penyeludup­an Migran, Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Fadil Marsus berkata, PKP yang dikuatkuas­akan berikutan pandemik Covid-19, antara lain turut memberi kesan kepada kegiatan jenayah itu.

Katanya, kes berjaya dikurangka­n selepas kawalan di sempadan dan sekatan jalan raya (SJR) yang digerakkan lebih aktif di seluruh negara dalam tempoh berkenaan.

“Kita ketatkan kawalan di semua kawasan sempadan supaya tidak ada kemasukan Pati yang kemungkina­n membawa kemasukan kluster baharu yang membimbang­kan dan ia turut memberi kesan kepada aktiviti pemerdagan­gan manusia dan penyeludup­an migran,” katanya.

Beliau ditemui sempena lawatan Jeneral Turun Padang di SJR di Kilometer 89, Jalan Raya Kuala Kangsar-Gerik di Padang Kunyit, semalam yang turut dihadiri Ketua Polis Daerah Gerik, Superinten­dan Zulkifli Mahmood.

Fadil percaya menerusi operasi yang lebih kerap dan pemeriksaa­n ketat, jenayah itu dapat dikekang dengan lebih baik.

 ??  ?? FADIL menandatan­gani buku lawatan di SJR KM89, Padang Kunyit, semalam.
FADIL menandatan­gani buku lawatan di SJR KM89, Padang Kunyit, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia