Harian Metro

Order dadah guna telefon

-

Hanya menelefon sahaja untuk pesanan, kemudian dadah sedia dihantar. Itu modus operasi seorang lelaki yang aktif mengedar barang larangan di sekitar Seberang Perai sejak tiga bulan lalu.

Kegiatan lelaki berusia 23 tahun itu dikesan polis selepas risikan dan maklumat awam yang membawa kepada penahanann­ya di sebuah rumah di Mak Mandin di sini, Selasa lalu.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, hasil serbuan itu, pihaknya menemui 116 peket plastik lutsinar berisi dadah jenis ketamin seberat 3.051 kilogram bernilai RM167,805.

“Siasatan mendapati dadah itu sudah dipesan pelanggann­ya melalui panggilan telefon,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Utara di sini, semalam.

Noorzainy berkata, pihaknya juga menyita dua kenderaan jenis Kia Sportage dan Perodua Myvi bersama wang tunai berjumlah RM3,000.

“Jumlah sitaan termasuk wang tunai yang dirampas bernilai RM62,000,” katanya yang turut memberitah­u bahawa semakan lanjut mendapati suspek sah mempunyai rekod jenayah lampau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia