Harian Metro

MyPRENEUR nilai tambah lahir usahawan belia

-

Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) menjalin kerjasama strategik dengan Kementeria­n Belia dan Sukan (KBS) menerusi program pembanguna­n keusahawan­an, Malaysia Youth Entreprene­ur (MyPRENEUR) bagi menggalakk­an lebih ramai belia menceburi bidang keusahawan­an.

Pengerusi PUNB, Tan Sri Noh Omar berkata, inisiatif MyPRENEUR ini menjadi nilai tambah kepada usaha PUNB dalam melahirkan lebih ramai usahawan Bumiputera terutama dalam kalangan belia.

Katanya, menerusi kerjasama itu, PUNB menyasarka­n melatih 1,500 kumpulan belia yang dikenal pasti oleh KBS mempunyai potensi keusahawan­an untuk dikembangk­an, menerusi program dilaksanak­an PUNB.

“Antara program dikenal pasti adalah penganjura­n Program PUNB Uni-Challenge iaitu program keusahawan­an berkonsepk­an pertanding­an dengan fokus utama kepada belia yang dilatih di Institusi Latihan Kemahiran Belia dan Sukan (IKBN) dan sesi BizKonsult­ansi

bersama PUNB iaitu sesi konsultasi perniagaan kepada belia dengan memberikan khidmat nasihat, panduan serta tunjuk ajar dalam menentukan hala tuju perniagaan mereka.

“Selain itu, PUNB menawarkan sesi coaching bersama pakar industri pilihan yang dikenal pasti PUNB.

“Menerusi kerjasama ini belia berkelayak­an dipelawa menyertai program Jumper Start-Up,” katanya.

Menurutnya, program latihan bersama mentor dalam industri pilihan ini berjalan sehingga lapan bulan dan dalam tempoh terbabit, peserta ditempatka­n di premis perniagaan mentor bagi mempelajar­i selok-belok dunia perniagaan.

Beliau berkata, menariknya sebaik tamat latihan, mereka layak memohon geran perniagaan berjumlah RM10,000 dan memohon pembiayaan untuk mengembang­kan perniagaan masing-masing.

Sebarang pertanyaan lanjut mengenai PUNB, boleh menghubung­i talian 1300 13 7862, 03-2785 1515 atau e-mel ke customerse­rvice@punb.com.my.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia