Harian Metro

1.4 JUTA PEMINJAM MOHON BANTUAN

Moratorium automatik bukan solusi terbaik untuk ekonomi

- Oleh Sri Ayu Kartika Amri kartika@hmetro.com.my

Pelaksanaa­n moratorium automatik sepenuhnya bukan jalan penyelesai­an terbaik untuk ekonomi dan rakyat.

Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Datuk Nor Shamsiah Mohd Yunus berkata, moratorium bersasar dilihat lebih bersesuaia­n kerana ia meletakkan pilihan di tangan peminjam untuk membuat keputusan kewangan mereka.

Katanya, moratorium automatik sepenuhnya juga menyebabka­n individu dan perniagaan lebih sukar mendapatka­n pinjaman kerana bank akan memilih untuk menghindar­i risiko.

“Bantuan kewangan kepada individu dan perniagaan termasuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS) tidak pernah berhenti.

“Justeru, mereka yang berdepan masalah diminta segera berhubung dengan bank masing-masing bagi mendapatka­n bantuan kewangan bersesuaia­n dengan situasi kewangan mereka,” katanya pada sidang media pengumuman prestasi ekonomi suku keempat 2020 secara maya, semalam.

Menurutnya, setakat ini, 1.4 juta peminjam memohon bantuan bayaran balik pinjaman, dengan kadar kelulusan 95 peratus.

Nor Shamsiah berkata, 45 peratus daripada peminjam yang menerima bantuan pembayaran balik pinjaman memilih mengurangk­an ansuran bulanan berbanding meminta moratorium, malah ia membabitka­n peminjam dan isi rumah dalam kumpulan berpendapa­tan rendah atau B40.

Katanya, ini menunjukka­n peminjam membuat pilihan tepat menguruska­n hutang berdasarka­n apa yang mereka mampu dan tidak memohon moratorium.

Sementara itu, beliau berkata, pertumbuha­n ekonomi Malaysia bagi tahun ini dijangka lebih baik berbanding tahun lalu terutama disokong pemulihan permintaan global dan pelaksanaa­n program vaksin.

“Ekonomi Malaysia akan pulih disokong permintaan luaran yang lebih baik dan langkah Belanjawan 2021.

“Walaupun pertumbuha­n jangka pendek pada tahun ini dipengaruh­i pelaksanaa­n semula langkah pembendung­an lebih ketat, namun kesannya tidak seteruk dialami pada tahun lalu,” katan

Mereka yang berdepan masalah diminta segera berhubung dengan bank masing-masing bagi mendapatka­n bantuan kewangan bersesuaia­n dengan situasi kewangan mereka”

Nor Shamsiah

 ??  ?? MORATORIUM automatik sepenuhnya menyebabka­n individu dan perniagaan lebih sukar mendapatka­n pinjaman kerana bank akan memilih untuk menghindar­i risiko.
MORATORIUM automatik sepenuhnya menyebabka­n individu dan perniagaan lebih sukar mendapatka­n pinjaman kerana bank akan memilih untuk menghindar­i risiko.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia