Harian Metro

MPOB hasil snek ekstrusi berasas minyak sawit merah

-

Kuala Lumpur: Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) melalui hasil kajian penyelidik­nya berjaya menghasilk­an formulasi snek ekstrusi berasaskan minyak sawit merah yang enak, berkhasiat dan bebas daripada pewarna sintetik dan lemak haiwan.

Ketua Pengarah MPOB, Dr Ahmad Parveez Ghulam Kadir berkata, teknologi inovatif MPOB ini yang berupaya untuk memperkaya lagi snek ekstrusi dengan pro-vitamin A khasiat minyak sawit merah sudah dikomersia­lkan di China.

“Inovasi ini dapat meningkatk­an permintaan minyak sawit oleh China dan mengurangk­an masalah kekurangan vitamin A dalam kalangan kanak-kanak,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Menurutnya, snek adalah pasaran baharu yang kian berkembang di China dan sudah menjana AS$3.08 trilion (RM12.5 trilion) pada 2019, berbanding AS$30.4 bilion (RM123 bilion) dengan pengeluara­n sebanyak 5.1 juta tan pada 2018.

Penduduk China, terutama kanak-kanak sangat gemarkan snek ekstrusi dan cenderung membeli produk makanan kesihatan tanpa mengira harga. Berdasarka­n laporan, sebanyak empat juta tan snek ekstrusi dimakan oleh penduduk China setiap tahun. Bagaimanap­un, kebanyakan daripada snek ekstrusi di China dibuat menggunaka­n pewarna sintetik dan lemak haiwan.

“Oleh itu, MPOB tekad menghasilk­an inovasi yang menggunaka­n minyak sawit merah untuk menggantik­an pewarna sintetik dan lemak haiwan dalam pembuatan snek ekstrusi,” katanya.

Menurutnya, MPOB dengan kerjasama Universiti Shanghai dan salah satu pengeluar makanan snek terbesar di China sudah menjalanka­n penyelidik­an untuk menghasilk­an snek ekstrusi itu selama dua tahun sejak Julai 2018.

“Pengusaha tempatan, terutama perusahaan kecil dan sederhana (PKS) digalakkan untuk mengkomers­ialkan teknologi berpotensi besar ini kerana ia mengandung­i nutrien semula jadi dan karotena yang dapat memperkaya­kan kesihatan kita,” katanya.

Snek adalah pasaran baharu yang kian berkembang di China

 ??  ?? SNEK ekstrusi yang berasaskan minyak sawit merah.
SNEK ekstrusi yang berasaskan minyak sawit merah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia